Pelakon Meerqeen tampil bersuara mengenai situasi getir yang menimpa penduduk Palestin meskipun namanya antara yang tersenarai di dalam Gerakan #Blockout2024, susulan didakwa terbabit dengan jenama pro-Israel.
Turut terkesan atas apa yang berlaku terhadap saudara seagama, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menegaskan dia tetap menyokong sekaligus menyumbang kepada Palestin.
Bagaimanapun, tiada keperluan baginya untuk menghebatkan mengenai perkara tersebut kepada umum.
“Mungkin siapa yang tidak mengikuti saya di media soaial, tidak tahu apa saya buat selama ini. Saya tetap menyokong Palestin dan beri sumbangan kepada penduduk di sana. Buat apa saya hendak menunjuk perkara itu kepada umum.
“Apa pun, saya rasa pengikut saya tahu apa pegangan saya berkenaan dengan isu ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ads
Meerqeen menambah, sebagai rakyat Malaysia, dia percaya kita semua menyatakan sokongan terhadap Palestin dan memohon maaf sekiranya apa yang dilakukan sebelum ini mengguris perasaan sesetengah pihak.
“Kita orang Malaysia dan bersatu hati menyokong Palestin. Saya percaya tiada Melayu Islam yang menyokong apa yang dilakukan Israel ketika ini.
“Kita rakyat Malaysia perlu sokong Palestin dan pada saya, tiada Melayu Islam yang menyokong (gerakan) Israel di dunia ini.
“Saya juga minta maaf jika sebelum ini ada membuatkan orang tertanya-tanya kenapa saya tidak menyatakan sokongan (terhadap Palestin). Sebenarnya kalau ada yang perasan, saya mula bersuara berkenaan Palestin di Twitter (kini X) sejak tahun 2022.
Ads
“Di sebalik saya berkongsi mengenai hal kerjaya, saya memang ada berkongsi, beri kesedaran tentang perkara tersebut,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Meerqeen menjelaskan dia hanya mahu fokus terhadap karier dan tidak mahu perkara lain memberi kesan kepada prestasinya.
“Nasihat saya kepada sesiapa yang ada rezeki lebih, ada baiknya jika kalian menyumbang kepada Palestin. Kerana untuk saya sendiri, kalau ada duit lebih, saya memang akan asingkan untuk mereka.
“Saya tak mahu cakap mengenai perkara itu kerana ia antara saya dan keluarga,” katanya.
Ads
Mengulas mengenai kontrak bersama jenama pro-Israel, Meerqeen berkata, perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan untuk diteliti.
“Kontrak masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan kerana ada beberapa kontrak yang saya masih tengok (teliti) lagi,” katanya.
Terdahulu, wujud gerakan yang melaungkan Blockout 2024 di media sosial khusus bagi memboikot barisan selebriti yang didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Selain Meerqeen, antara selebriti Malaysia lain yang turut tersenarai ialah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Daiyan Trisha, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ada-ada sahaja pasangan romantis ini. Menerusi video perkongsian Izzue Islam di laman Instagram, dilihat kedua-duanya ‘bergaduh’ manja menuduh siapa yang mengorat dahulu.
Menurut Awin, ketika itu, dia tidak merasakan suaminya seorang yang kacak.
“Dia yang mengorat ayang kan? Memang dia. Tak ada eiii eiii. Mengaku jelah. Cepat mengaku.
“Baik u mengaku. I tak rasa pun dia hensem. I rasa dia so-so je. Biasa-biasa
“Cakap cepat, dia ngorat ayang ke tak?” Izzue bagaimanapun tidak mengaku dan mengatakan Awin yang tergila-gilakannya sambil ketawa.
Kata Awin, Izzue ketika itu asyik datang ke salon miliknya untuk mencuci rambut sedangkan dia tidak menyediakan khidmat untuk lelaki.
“Eh, tolong sikit. Takda maknanya. Tak ada weh, I memang susah. U yang datang kat salon I, konon-konon nak cuci rambut, sedangkan I tak buat lelaki masa tu. Cepat mengaku.
“Angkat tangan.
“Saya berjanji memang saya yang mengorat Awin dulu.
“Heeiiii heeiii…yela yela. Apa yang U cakap tadi tu betullah.”
Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam ada melayangkan dedikasi terindah buat permaisuri hatinya, Nurinafilah Waharudin bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh bulan lalu.
Lebih 11 tahun saling mengenali, bintang asal Kelantan itu turut mendedahkan perangai sebenar keduanya dalam melayari alam rumah tangga.
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...