Terlebih dahulu mencipta fenomena menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus, pelakon Meerqeen, 21, kini mencipta sukses apabila bakatnya turut menarik perhatian produksi Indonesia.
Bertitik tolak daripada kunjungan pertama untuk sesi bertemu peminat di Jakarta sebelum ini, rezeki Meerqeen terbuka luas apabila diberi kepercayaan untuk menjayakan produksi di sana.
“Memang ini pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan. Saya gembira kerana kerja keras selama ini tanpa disangka membuka mata ramai, termasuk produksi luar yang mula menyedari kehadiran dan mempercayai bakat saya,” katanya.
Meerqeen pada masa sama turut berkongsi pengalaman menjayakan sebuah web drama untuk Bank Rakyat Indonesia.
Jelasnya, web drama berjudul Modus Operandi itu bukan sahaja membuka langkah pertamanya ke sana, tetapi juga memberikan pengalaman baharu untuk terus meneroka peluang kerjasama dengan produksi lain di Indonesia.
“Sebelum ini, saya ke sana untuk bertemu dengan peminat dan memenuhi pelbagai undangan rancangan TV. Rentetan daripada kunjungan pertama itu, lebih banyak rezeki yang mula terbuka untuk saya mencuba.
“Sudah pasti sebagai pelakon baharu, saya gembira dengan tawaran yang datang. Mereka nampak sesuatu dalam diri saya dan ia merupakan penghormatan yang besar, terutama apabila dapat bekerjasama dengan Bank Rakyat Indonesia,” katanya lagi.
Ads
Modus Operandi yang menjalani penggambaran selama seminggu di Jakarta turut dibintangi Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.
Menariknya, Meerqeen diberikan peranan sebagai teraju utama dalam drama berkenaan dan gembira dapat bekerjasama pengarah berpengalaman, Makbul Mubarak.
“Memang saya teruja, pada masa sama gemuruh untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Ini merupakan produksi pertama saya di sana dan sedikit sebanyak ada perbezaan ketara, terutama dalam cara kerja.
“Tapi, saya gembira kerana mereka banyak membantu, terutama semasa proses pra-produksi. Kami terlibat dalam sesi latihan bagi melicinkan proses seterusnya. Ini memang memberikan pengalaman berharga buat saya,” tambahnya lagi.
Meskipun drama berkenaan masih belum ditayangkan, Meerqeen bersyukur apabila dirisik beberapa produksi lain yang melihat potensi dirinya untuk terus menyerlah dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Ads
Tambahnya, dia masih memikirkan tawaran yang diterima, namun tertarik dengan sebuah produksi yang berminat menggunakan khidmatnya sebagai pengacara untuk sebuah program TV.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan beberapa tawaran yang diterima. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya akan terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.
“Terima kasih kepada semua pihak, terutama peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Tanpa sokongan dan doa semua, tidak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini.
“Kepercayaan yang diberikan ini membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main. Saya mahu serius menjadi insan seni yang disegani,” katanya lagi.
Modus Operandi akan mula ditayangkan pada 4 November ini menerusi saluran youtube BRI (Bank Rakyat Indonesia).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer,40, berkongsi kisah menerusi satu hantaran di laman Instagramnya hari ini. Pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah itu berkongsi bagaimana kesakitannya sekian lama akhirnya telah hilang apabila dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan membuang rahim dan apendiks.
Berita itu dikongsi ibu anak satu ini dalam satu video yang dirakam suaminya, Chris Fischer sebaik sahaja menjalani pembedahan tersebut, menurutnya, “Sekarang adalah pagi selepas pembedahan endometritis saya dan kini rahim saya telah dibuang. Doktor telah menjumpai lebih 30 titik endometritis dan telah membuangnya.”
Bukan setakat itu sahaja, apendiksnya juga turut terkesan dek penyakit itu. Jelas Amy lagi, “Endometritis telah menyerang bahagian apendiks saya dan doktor terpaksa membuang organ tersebut juga. Terlalu banyak darah di dalam rahim dan saya berasa sangat sakit macam ada gas di dalamnya.”
Dalam hantaran tersebut, wanita berusia 40 tahun ini turut berkongsi yang jika seorang wanita mengalami sakit akibat haid yang keterlaluan, mereka berkemungkinan menghidap endometritis.
Rakan-rakan selebriti lain seperti Debra Messing, Vanessa Carlton dan Martha Hunt memberikan kata-kata semangat kepada rakan mereka ini. Debra meninggalkan pesanan, “Ya Tuhanku, 30?! Sangat gembira semuanya sudah hilang dan anda tidak perlu lalui kesakitan itu lagi. Sembuh dengan baik Amy.”
Manakala Vanessa pula berkata, “Saya bersimpati Amy. Nampaknya kehidupan selepas ini akan menjadi lebih kurang sakit tapi tak kurang rasa bergas.” Dan Martha Hunt pula memberi semangat, “Semoga cepat sembuh!!”
Untuk pengetahuan anda Amy berkahwin pada tahun 2018 dengan Chris Fischer dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
Pengacara program MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad membuat pengumuman dengan mengundurkan diri daripada pencalonan Anugerah Meletop 2019 (AME 2019).
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad.
“Saya sebenarnya ada satu pengumuman penting yang tidak pernah berlaku di dalam MeleTOP sebelum ini.
“Untuk tahun ini, dua ikon yang besar dalam AME iaitu Nabil dan juga Neelofa mengundurkan diri daripada semua kategori yang telah dipertandingan pada awalnya.
“Mereka mengambil keputusan ini secara sukarela untuk mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada artis lain untuk bertanding,” katanya yang turut menghormati keputusan dua bintang berkenaan.
Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa masih kekal sebagai pengacara pentas AME 2019, bersama Jihan Muse.
Bertemakan Glam, AME 2019 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2019 depan jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Acara ini juga boleh diekses menerusi program Live Streaming AME 2019 yang disiarkan menerusi platform digital saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand hari sama bermula 8.30 malam.
Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti tanah air dilihat aktif dalam aktiviti-aktiviti pemberian sumbangan terutamanya buat mereka yang terkesan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Terbaru, pelakon dan model, Mimi Lana memaklumkan dirinya berhajat untuk membantu para tukang cuci yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh pandemik ini.
“Assalamulaikum dan Selamat pagi. Saya mencari 10 orang cleaner yang gajinya dipotong untuk diberi bantuan. Bagi mana mana cleaner yang dipotong gaji, atau pun sesiapa yang kenal boleh dm saya,” tulisnya.
Bagaimanapun, Mimi menjelaskan, buat masa ini dia hanya mampu menyediakan 10 pek barangan keperluan asas dek kerana dana yang terhad.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Masih Ada Rindu itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sekiranya dikurniakan rezeki yang lebih, dia sedia meneruskan misinya itu pada masa akan datang.
“Saya mintak maaf kerana dapat provide kan sumbangan untuk 10 orang sahaja. Insyaallah Kalau ada rezeki lebih kita kongsi lagi ya.
“Jangan risau saya takkan post di social media untuk bantuan pada anda,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mimi turut memaklumkan, segala aktiviti penyerahkan sumbangan tersebut akan dijalankan secara tertutup tanpa mendedahkan mana-mana pihak.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyambut baik usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Mimi akan sentiasa dimurahkan rezeki pada masa akan datang.
“Using your superpower to help others. Semoga segalanya dipermudahkan buat kamu jua cinta.
“Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan dunia dan akhirat.
“Dah la cantik. Baik hati pula. Semoga Allah permudahkan segala urusan Mimi dan diberikan kesihatan yang baik.
“Ya Allah dah la gaji tak banyak. Kena potong lagi. Thanks to yang memperjuangkan nasib-nasib cleaner,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...