
Semalam menjadi momen bermakna buat pelakon, Nad Zainal selepas dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin 2018 yang berlansung semalam.
Selain daripada merangkul trofi, kelibat Nad dan suami sejak awal lagi telah menarik perhatian ramai apabila tampil berbeza dengan busana yang bertemakan melayu klasik.
Telatah comel pasangan ini telah menarik perhatian banyak lensa-lensa kamera sepanjang majlis tersebut berlansung.
Bagaimanapun, pakaian Nad nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati netizen yang tercari-cari di mana unsur kemelayuan tersebut.
Rata-rata menganggap pakaian Nad sedikit terdedah sehingga menampakkan bahagian bahunya itu.
Terdahulu, Nad merakamkan penghargaan kepada semua guru-guru lakonan yang mendidiknya ketika menuntut di ASWARA satu ketika dahulu.
Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Berani Eh Mira Filzah Sekarang,” – Kongsi Babak Romantis Mira-Ben Amir, Netizen Komen, Micheal Ang Ada Alasan Tersendiri

Kecoh di kalangan sesetengah peminat melihat babak romantik dua teraju utama dalam drama terbaru arahan Micheal Ang, Mira Filzah dan Ben Amir.
Aksi kedua-duanya yang dikatakan saling berpandangan dalam jarak dekat diiringi lagu Besok Belum Tiba cukup membuatkan ramai ‘makan hati’.
Menyedari babak ini yang dikongsi bakal mendapat reaksi pelbagai netizen, Mike bagaimanapun telah memberi peringatan awal bahawa terdapat ‘halal gap’ sewaktu adegan ini dirakamkan.
“Salam semua! Bosan2 menunggu artist pakai baju pakai tudung pakai saka(oppsss tercakap pulak) Kita belanja short clip n my favorite song at the moment! Luv u all!
“BTW Ada HALAL Gap ok Jgn tuduh n fitnah tambah dosa aje! #sweetdreams LAGU BESOK BELUM TIBA by NASTIE ft LIYANA FIZI ( love her voice) Ini lagu lama nak tapi nak jugak dengar komen u all, sedap ke tak lagu ni!” jelasnya beri penjelasan.
View this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Namun, melihatkan jarak rapat antara kedua-duanya, netizen memberikan reaksi kepada pendirian pelakon wanita ini.
“Daripada dulu tak boleh pegang-pegang.. sekarang kemain lagi hahaha.”
“Wah Dah Berani Eh Mira Filzah Sekarang.”
Daripada sisi lain, gandingan dan hubungan kimia antara pelakon utama Sweet Dreams ini dilihat cukup serasi. Ini komen netizen.
Foto : Instagram Micheal Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suara Abang Amat Sedap Dan Merdu,” – DS Aliff Syukri Terkilan Lagu Tidak Masuk AJL, Sedih Bakat Tak Dihargai, Aeril Zafrel Beri Reaksi

Usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri terkilan apabila bakat seni suaranya tidak dihargai peminat hiburan tanah air. Dia meluahkan kesedihan apabila tidak tercalon dalam Anugerah Juara Lagu sedangkan punya suara yang cukup merdu. Malah, klip video lagu nyanyiannya turut mencapai jumlah tontonan sehingga jutaan peminat.
“Apa kurang lagu saya?? berbanding mereka yg tercalon??
“Abang sedih sangat kerana bakat abang ini tidak dihargai oleh Anugerah Juara Lagu😢😢 sedangkan suara abang amat sedap dan merdu…malah suara abang tidak perlu dipertikaikan lagi kalau tidak takkanlah abang telah mengeluarkan lebih daripada lima lagu .. dan jumlah tontonan juga berjuta-juta?? adakah mereka yg mendengar lagu abg sebalum ini halinunan atau pun org ghaib kenapa x layak tercalon?? apa salah abg,” luahnya.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Perkongsiannya turut mendapat reaksi selebriti popular seperti Aeril Zafrel dan Baby Shima yang dilihat turut meninggalkan komen.
Sekadar imbasan, Anugerah Juara Lagu ke-34 menyaksikan lagu Sumpah nyanyian dan ciptaan Naim Daniel diumumkan sebagai juara. Manakala naib juara AJL34 menjadi milik lagu Bangun ciptaan Navigator dan Aman Ra diikuti dengan Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
Foto : Instagram DS Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Perlu Move On Untuk Teruskan Legasi,” – Ada Karisma & Pakej, Search Pilih Akim Ahmad Ganti Amy

Gitaris kumpulan rock lagenda tanah air, Search, Din berharap agar semua pihak dapat memberi peluang kepada penyanyi, Akim Ahmad yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh vokalis asal, Amy bagi menjayakan projek Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim.
Memetik laporan Harian Metro, Din memaklumkan keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan bersama anggota kumpulan yang lain serta pasukan produksi.
Katanya lagi, Akim merupakan pilihan utamanya sejak dari awal kerana menyifatkan penyanyi tersebut memiliki pakej yang lengkap serta karismanya yang tersendiri.
“Kami terlebih dulu berbincang dengan pasukan produksi. Ada beberapa nama yang disenarai pendek. Namun, selepas penilaian, kami sebulat suara memilih Akim. Ini bukan penilaian saya seorang.
“Namun, secara peribadi Akim memang pilihan pertama saya. Dia ada karisma tersendiri selain kredibiliti di mana dia berkemampuan mencipta lagu.
“Pendek kata Akim ada pakej. Jadi, beri dia peluang untuk buat persembahan bersama kami dan jangan bandingkan dengan Amy,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Din turut memberi tahu, perjalanan Search tetap harus diteruskan meskipun tanpa kelibat Amy yang selama ini menjadi tulang belakang kumpulan tersebut
“Muzik adalah kerjaya dan minat saya. Kami mahukan pengakhiran yang baik. Walaupun tanpa Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayangkan kumpulan ini. Ke mana saja saya pergi, orang bertanya mengenai Search.
“Persembahan kami bersama Akim ini bagi mengubat rindu peminat. Ia sangat penting kerana ia permulaan buat Search kembali. Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa Amy.
“Amy tak ada pengganti, cuma kami perlu ‘move on’ untuk teruskan legasi Search. Ini kerana peminat masih ada dan saya yakin dengan sokongan diberikan selama ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan, Akim & The Majistret mengakui berasa sangat teruja selain turut berjanji akan menggunakan peluang ini sebaiknya.
“Search memang idola saya dari dulu lagi. Apabila dapat menyanyi dan buat persembahan bersama mereka, ia satu penghargaan buat saya.
“Insya-Allah, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kepada semua peminat Search jangan lupa saksikan persembahan kami dan tunjukkan tanda sokongan anda buat kami,” katanya lagi.
Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim bakal berlangsung pada Sabtu ini jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka.
Selain Melaka, Rockology Malaysian Tour 2021 juga bakal diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu Kuala Lumpur pada Jun ini, Perak (Julai), Pulau Pinang (Ogos), Johor Bahru (September) dan lain-lain lokasi yang akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI