Drama bersiri Korea, ‘Squid Game’ yang mendapat perhatian meluas sejak minggu sehingga tular di laman media sosial.
Drama berkenaan mula ditayangkan sejak 17 September lalu menerusi platform penstriman Netflix.
Lalu program hiburan MeleTOP yang bersiaran langsung di Astro Ria baru-baru ini mempersembahkan rakaman video parodi drama bersiri popular berkenaan.
Dua telatah pelakonnya, Jihan Muse dan Danial Zaini yang membawa watak masing-masing, nyata menghiburkan ramai.
Malah, tak kurang yang memuji misalnya terhadap ibu kepada seorang cahaya mata itu.
“Hahahahaha…Mmg Akan Tunggu Parodi Meletop Setiap Minggu…Kelakar…,” puji netizen.
“siot betul la korg.. hahahaha pecah perut tul..,” tulis lagi seorang netizen.
“Weh terbaek doh…jihan memang dicipta untuk menjadi pelucu..,” puji seorang penonton.
“Nice kelakor,” tulis wargamaya.
Sehingga kini, video parodi tersebut berjaya meraih lebih 90,000 jumlah tontonan di laman YouTube.
Rancangan MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil Ahmad bersiaran lansung pada setiap hari Selasa, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Foto: Instagram Jihan Muse
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Rasa Situasinya Sangat Tak Kena,” – Tangguh Lancar Album EP Solo Sebab Pandemik, Alyph Mahu Fokus Pada Diri Sendiri
Selepas muncul menerusi single, Adakah Kau Mendengar pada tahun 2020, penyanyi R&B dan producer, Alyph mendedahkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa memilih untuk menangguhkan terlebih dahulu projek album EP yang berjudul 111/111.
Menurut Alyph atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdullah, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati perasaan semua pihak lebih-lebih lagi buat mereka yang terkesan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.
Katanya lagi, adalah tidak adil baginya untuk bersuka ria sedangkan orang lain sedang menghadapi detik yang amat sukar.
“Saya rasa, ini mungkin waktu yang paling sesuai untuk saya kembali fokus dalam muzik. Sebenarnya sejak dua tahu lalu, saya memang ingin memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya muzik saya dan bukan orang lain.
“Tetapi disebabkan pandemik ini, takkan saya nak bersuka ria pula. Kalau saya hasilkan muzik yang ‘best’ dan ‘feeling good’, saya rasa situasinya sangat tak kena dengan keadaan pendengar ketika ini.
“Walaupun saya memang tak sabar untuk melancarkan album ep ini, saya pun kena fikirkan perasaan semua orang. Saya kena tahu muzik apa yang membuatkan mereka tetap berasa selesa walaupun ketika detik sukar ini.
“Apapun, saya tetap bersyukur dengan tiga buah lagu yang saya lancarkan ini. Saya rasa moodnya sesuai. Saya harap ia dapat membantu semua orang pada masa hadapan,” katanya kepada MH.
Bekas anggota kumpulan duo, Sleeq ini berkata sedemikian di majlis sidang media pelancaran album ep solo, 111/111 yang berlangsung secara virtual pada Khamis.
Jika sebelum ini, Alyph sememangnya terkenal dengan projek-projek kolaborasinya bersama penyanyi-penyanyi lain, namun, kali ini dia merasakan mungkin sudah tiba waktunya untuk dia memberikan fokus terhadap kerjaya solonya pula.
“Sepanjang karier saya sebelum ini, saya banyak berkerjasama dengan artis-artis hebat seperti Sonaone, Joe Flizzow, Ismail Izzani dan ramai lagi. Perkara sama juga berlaku ketika saya menjadi produser.
“Tetapi pada kali ini, saya seakan mendengar suara hati saya menitipkan ucapan syabas buat diri saya sendiri kerana berjaya merakam sebuah album ep tanpa bekerjasama dengan orang lain.
“Ini adalah kali pertama saya memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya solo dan saya berasa amat gembira. Saya seronok kerana dapat mengikuti rentak dan meluangkan masa untuk memahami diri sendiri.
“Saya dah banyak kali berikan tenaga dan tumpuan untuk artis lain. Ada kalanya saya rasa proses ini baik untuk saya. Saya mahu dahulukan diri saya dan buat apa yang saya suka. InsyaAllah pada masa hadapan, saya akan kembali semula dengan projek kolaborasi,” jelasnya lagi.
Dalam album ep 111/111 atau disebut sebagai ‘three-of- three’ ini, penyanyi asal Singapura ini telah pun menampil tiga buah lagu iaitu ‘Adakah Kau Mendengar?’, ‘Skali Lagi’ dan ‘Show Me Colours’.
‘III/III’ boleh didengari di semua platform digital pada 3 September 2021 dan video muzik rasmi ‘Skali Lagi’ akan ditayangkan secara perdana di laman YouTube ALYPH pada 2 September, 9 malam.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Let’s Move On, Allah Ada Jaga Mimi & Ameena,” – Terima Kasih Buat Pemberi Semangat, Shakilla Khoriri Belum Sedia Jawab Persoalan Ramai
Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar duka melibatkan penceraian pasangan selebriti Fizi Ali bersama isterinya yang juga merupakan pelakon, Shakilla Khoriri selepas hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan.
Perkhabaran tersebut nyata mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi di kalangan peminat.
Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Shakilla merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat sebaik sahaja mengetahui mengenai kisah penceraiannya itu.
Menurut Shakilla, dia amat menghargai setiap doa yang dititipkan buat dirinya, anak serta bekas suaminya itu.
“Terima Kasih buat doa kalian pada kami bertiga. Family, saudara mara, kawan rapat sampai lah kalian yang saya sendiri tak pernah kenal.
“Tapi masih doa yang baik-baik untuk kehidupan akan datang buat kami.
Saya hargai sangat,” tulisnya.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu memaklumkan dia masih lagi belum bersedia untuk menjawab segala pertanyaan ramai pihak mengenai punca penceraian rumah tangganya itu.
Katanya lagi, dia kini meletakkan segala pengharapannya kepada Allah SWT.
“Saya minta maaf sebab tak termampu untuk jawab semua. Semoga Allah berkati kita semua dan balik kan doa kalian semula.
“Lets move on. Allah ada jaga Mimi & Ameena. Always,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Shakilla dan seluruh ahli keluarganya.
“Semoga dipermudahkan segala urusan beb. Kau kuat, kau hebat.
“Semoga Allah permudahkan urusan you babe.
“Semoga sentiasa kuat ye umi dan Ameena.
“Saya doakan ada sinar dengan apa yang jadi,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Fizi yang juga merupakan penyampai radio, Suria FM mengumumkan mengenai penceraiannya bersama Shakilla menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Fizi memaklumkan dia dan Shakilla akan tetap sama-sama membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang meskipun mereka kini telah membawa haluan masing-masing.
Imbas kembali, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga bersama pada 18 Februari 2018.
Kemudian, Shakilla telah bergelar ibu selepas selamat melahirkan anak sulung mereka bernama Ameena Sofia pada 14 Mac 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Untung, Kita Bercakap Ni Yang Rugi,” – Taiyuddin Bakar Minta Henti Persenda Aliff Aziz Sertai Jemaah Tabligh
Pelakon Taiyuddin Bakar berpandangan orang luar tidak sepatutnya mempertikai dan mempersenda tindakan selebriti popular, Aliff Aziz yang menyertai jemaah tabligh lebih-lebih lagi selepas namanya terpalit kontroversi.
Menurut Taiyuddin atau lebih mesra disapa Tai, kita sepatutnya menunjukkan sokongan kepada sesiapa sahaja yang berusaha berubah ke jalan agama.
“Bila kita datang kepada usaha agama, kita akan mula belajar bagaimana untuk jadikan mata kita seperti mata lebah. Duduk dalam timbunan sampah pun kita akan cari yang manis-manis.
“Kalau kita tidak berusaha seperti itu, mata kita akan jadi macam mata lalat. Letak di taman yang paling cantik dan penuh wangian sekali pun, kita akan tetap cari sampah.
“Bagi segelintir pihak yang melihat secara straight forward dan hanya pada dasar, lalu terus menjatuhkan hukum, saya bersedih untuk mereka,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Hantu Bonceng itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Showcase Uncure: Palestin Hak Yang Di Dinafikan, baru-baru ini.
Katanya lagi, sebagai manusia, kita tidak layak untuk mempertikaikan niat orang lain terhadap agama.
“Bagaimana niat Aliff Aziz untuk dirinya sendiri, kerjaya, dan apa sahaja yang dia mahukan ketika sertai jemaah tabligh, itu urusan antara dia dan Allah.
“Andai kata niatnya untuk menggunakan kayu sugi itu lurus kerana Alla, antara khasiatnya, dia akan dapat mengucap dua kalimah syahadah dengan mudah ketika nak meninggal nanti.
“Bagi saya, jika niat Aliff lurus di sisi Allah, dialah yang beruntung. Kita yang bercakap ni menanggung rugi,” katanya.
Dalam pada itu, Tai yang kini merupakan vokalis bagi kumpulan underground, Uncure merasakan masyarakat masa kini sudah jauh daripada landasan agama.
“Sudah lebih 1400 tahun Nabi meninggalkan kita. Islam dan Nabi itu jauh daripada kita. Kita hanya bersangka-sangka hidup dalam keadaan Islam.
“Namun, ada pula yang ingat kemunculan kami ini semata untuk terbiyah. Padahal, niat kita adalah untuk mengingatkan orang kepada Allah dan Rasul.
“Namun, disebabkan kelemahan kita sendiri, buatkan orang lagi jauh. Ini juga perkara yang harus saya fikirkan kembali,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Tai turut mengakui ada dikalangan rakan-rakannya yang menjauh setelah dia aktif bergerak bersama kumpulan tabligh.
“Memang ada rakan-rakan dan kenalan yang menjauh. Namun, saya rasa terlampau kecil jika ingin dibandingkan dengan para sahabat Nabi.
“Mereka bukan sahaja kehilangan rakan-rakan, malah ahli keluarga sendiri. Jadi, diharapkan usaha saya ini walaupun tidak sempurna, dapat menjadi asbab hidayah dan kembali menjalinkan ukhwan dengan baik,” akhirinya.
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan Aliff sedang menyertai aktivi bersama jemaah tabligh.
Malah, video tersebut turut mendapat respon bercampur baur daripada netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI