Aktres, Nur Fazura terharu dan mengagumi kesabaran suami, pelakon Fattah Amin dalam melayani dirinya sepanjang fasa hamil anak pertama mereka.
Jelas Fazura, dia turut memuji kesungguhan suami deni memenuhi keinginannya.
“Saya akui dia sangat bersabar melayan kerenah saya. Misalnya, ketika saya masih di awal kehamilan saya agak cerewet mengenai soal makanan.
“Pernah suatu hari, dia ada membawa balik sandwich, dan saya memang tidak menggemari sos atau mayonis.
Ads
“Bagaimanapun sandwich yang dibeli mengandungi bahan tersebut dan saya terus menangis.
“Lalu dia tenangkan saya, lalu sanggup keluar semula demi mendapatkan sandwich baru tanpa sos dan mayonis,” jelasnya.
Ads
Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh, pada Selasa.
Tambah pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini lagi, dia turut menyifatkan suaminya itu mudah mengalah.
Ads
“Melihat kepada kesabarannya melayan saya, saya terus minta ampun kerana rasa bersalah dan kasihankan dia.
“Malah, dia turut menangkan saya dalam apa sahaja perkara,” jelasnya.
Fazura yang baru sahaja melancarkan jenama penjagaan kulit, Fazura Skincare menyatakan rasa gembira kerana impiannya untuk mengeluarkan jenama sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
Set eksklusif tersebut hadir dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir tiga dekat mewarnai industri seni tanah air, semalam sememangnya merupakan hari yang sangat istimewa bukan sahaja buat band terkenal tanah air, OAG tetapi juga buat peminat mereka.
Sebagai tanda penghargaan serta mengenang perjalanan jatuh bangun band tersebut, Konsert OAG 30 Tahun Generasiku nyata meninggalkan kenangan yang penuh bermakna buat hampir 4,000 penonton yang hadir ke, Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
Meskipun bermula agak lewat iaitu hampir jam 10 malam, namun, kelibat kumpulan itu sebaik keluar ke pentas mendapat sorakan gemuruh peminat yang memenuhi segenap ruang stadium.
Sebelum memulakan persembahan, vokalis kumpulan OAG, Radhi sempat bermesra dan menyapa dengan peminat apabila memberikan hadiah berupa baju kepada mereka yang duduk di depan pentas.
Membuka tirai persembahan dengan lagu Beautifool, seisi stadium yang dipenuhi segenap lapisan masyarakat tak kira usia muda atau muda nyata telah menggamatkan suasana stadium.
Cukup energetik dan lincah melompat-lompat di atas pentas, usia nyata tidak menjadi penghalang buat Radhi.
Malah, selain berhibur, Radhi juga beberapa kali mengingatkan kepada peminat tentang Allah dan juga mengajak mereka berselawat.
“Only Allah Greatest, OAG,” kata Radhi beberapa kali selain sesekali mengingatkan peminat untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.
Sepanjang dua jam konsert, OAG menghiburkan peminat dengan barisan seleksi lagu ikonik mereka yang lain seperti Name of The Game, Venusia, Dayang, PerMYsuri, Slumber, 60’s TV, Akustatik, Senyuman Ragamu dan Merpati Putih.
Sebagai penutup, kumpulan yang ditubuhkan pada 1992 itu menamatkan persembahan dengan menyanyikan lagu Generasiku buat peminat yang hadir.
Konsert malam tadi menyaksikan OAG dibarisi tiga ahli asal kumpulan iaitu Radhi, Qi Razali (dram), Ivan (gitar) dan Lam (bass) turut membawa barisan anggota lama bergabung di atas pentas.
Mereka ialah Nazrin (bass), Alim (gitar), Naza, Nizam (gitar), Ammal (gitar) dan Yen (bass) serta seorang ahli baharu.
Kumpulan itu turut menjemput beberapa pemuzik gantian terdiri daripada kumpulan Flop Poppy iaitu vokalisnya, Andy dan Bakri Ismail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di Twitter apabila seorang pengasas memperkenalkan baju dalam Muslimah patuh syariah sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Dalam pada itu, pelakon Redza Minhat dilihat turut mempersoal apabila ada pihak menggunakan elemen tertentu bagi mempromosikan produk tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat.
“Melayu – slappin the word halal on everything they wanna sell. in a nutshell.”
Bagaimanapun, difahamkan pihak terbabit telah mengeluarkan kenyataan menegaskan ia adalah kesilapan dalam proses pemasaran dan telah diperbetulkan beberapa bulan lalu.
Foto – Twitter Redza Minhat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk berpoligami namun, hasratnya itu terhenti selepas memikirkan kesannya dikemudian hari.
Jelas Aliff, meskipun poligami dibenarkan didalam agama tetapi bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.
“Saya memang ada terfikir untuk berkahwin dua tapi saya tak sanggup nak pening kepala. Pada saya, bila wujudnya orang kedua, kasih sayang dan fokus kita akan berkurang.
“Saya tak kata kahwin dua itu salah. Kalau berkemampuan atau dah ditakdirkan jodoh, kita tak boleh nak halang. Perkara ini bukannya haram pun. Niat itu ada tapi saya takut bini,” selorohnya.
Pernah berhadapan situasi rumah tangga di hujung tanduk, bapa kepada lima orang cahaya mata ini bersyukur kerana dia dan isteri sentiasa diberikan kekuatan untuk mempertahankan perkahwinan mereka.
“Saya sebenarnya tak nak ulas isu rumah tangga yang viral sekarang ini. Rumah tangga saya pun pernah ada krisis besar. Pada saya, dalam perkahwinan, semua orang inginkan kebahagiaan tetapi kita tak boleh mengharapkan ia seperti di televisyen.
“Perkahwinan bukan semuanya indah. Saya pernah berada disituasi terduduk di lantai kerana merasakan rumah tangga saya dah berakhir. Namun berkat sokongan keluarga saya dan mertua, kami dapat harungi setiap dugaan.
“Saya punyai impian untuk tidak mengharungi fasa penceraian kerana saya sendiri daripada broken family. Mak dan ayah saya bercerai. Saya tak nak hal yang sama berlaku pada keluarga saya,” kongsinya lagi.
Alif berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2022 yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.
Malah, dia juga percaya segala apa yang dikecapinya selama ini adalah disebabkan rezeki Allah SWT memalui isterinya.
“Bila kita berduit dan terkenal, ego kita akan semakin tinggi. Kita akan merasakan pasangan punyai banyak kekurangan dan ramai pula yang cuba dekati kita. Namun, saya selalu berfikir, adakah kehadiran orang baru itu ikhlas mencintai saya?
“Nak mencari pasangan yang sanggup susah senang bukan mudah. Jadi, kita harus saling hormat-menghormati. Isteri saya itu nampak je lembut tapi tegas orangnya. Dialah yang memperbaiki kelemahan saya.
“Tanpa isteri saya, saya tidak akan sampai ke tahap ini. Saya percaya rezeki suami itu ada pada isteri,” akhirinya.
Terdahulu, sebanyak 47 kategori anugerah telah pun disampaikan kepada wanita-wanita yang telah banyak berjasa dan cemerlang di dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.
Antara penerima anugerah termasuklah daripada golongan selebriti seperi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Wawa Zainal dan ramai lagi.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber, tidak termasuk dalam senarai individu yang menjadi mangsa kepada produser muzik Sean "Diddy" Combs yang kini berdepan pertuduhan jenayah...