Bapa kepada penyanyi Sissy Imann, Mohammad Kamil Mustaffa, mendedahkan anak gadisnya itu setakat ini hanya duduk di dalam bilik, mendiamkan diri dan hanya keluar apabila dipanggil untuk makan.
Ia dipercayai susulan kritikan keras yang diterima Sissy bersama sepupunya, Naim Daniel daripada juri, Mas Idayu pada saingan minggu keenam Famili Duo, Ahad lalu.
Bagaimanapun, Mohammad Kamil mengakui anak gadisnya itu seorang yang kuat.
“Melihatkan keadaannya, saya sedih tapi selama ini dia tetap sudah buat yang terbaik untuk membanggakan kami sekeluarga.
“Sissy seorang anak yang kuat, berdedikasi dan sangat komited dalam semua perkara yang dibuatnya,” katanya.
Malah, Mohammad Kamil berkata juga tidak sangka ramai yang tampil memberikan sokongan kepada anaknya.
Ads
“Berlinang air mata ini apabila membaca komen dan doa yang baik-baik diberikan sebagai tanda sokongan kepadanya.
“Saya dan keluarga akan terus di belakang Sissy untuk menjadi pemangkin semangat,” katanya lagi, petik Harian Metro.
Ads
Dalam pada itu, Mohammad Kamil turut menafikan tindakan Sissy mahu bertindak menjual album sulungnya yang dirakam di Studio Abbey Road, London dengan harga RM20 sebagai gimik.
Jelasnya, apa yang berlaku baru-baru ini memberi impak besar terhadap anaknya itu dan dia sendiri terkejut dengan keputusan yang dibuat Sissy.
“Bagi Sissy, ia adalah pencapaian terbesar buat dirinya yang diimpikan selama ini, dengan kos pembikinan pula mencecah jumlah besar yang dikumpul dari hasil titik peluhnya.
Ads
“Sebagai bapa, semestinya saya sentiasa menyokong apa yang ingin lakukan anak-anak,” katanya.
Terdahulu, persembahannya bersama Naim Danielmenerima kritikan pedas Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong.
Rentetan kritikan itu, Sissy dilihat menangis di atas pentas hingga tidak dapat meneruskan ucapan selepas diminta hos, Janna Nick.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/8ttp5ExNbn0
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memasuki tanggal 15 April 2021, maka genaplah usia pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang ke-37.
Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Zizan dilihat ada menitipkan ucapan buat dirinya sendiri bersempena dengan hari istimewa itu.
Dalam ucapan tersebut, pelakon filem Polis Evo ini turut menyelitkan doa semoga Allah sentiasa memberikannya kekuatan dalam segala hal termasuklah ketika menghiburkan hati semua orang.
Pelakon, Rita Rudaini menyifatkan siri popular, The World Of Married sebagai drama Korea terbaik yang pernah ditontonnya setakat ini.
Menurut ibu kepada dua orang anak itu, jalan cerita drama ini sangat berkait dengan realiti kehidupan masyarakat masa kini terutamanya buat mereka yang sedang menjalinkan perhubungan.
Ulasan terperinci tersebut dikongsikanRita memerusi sebuah artikel yang diterbitkan akhbar Harian Metro lalu dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“The best Korean drama. Cerita yang sangat dekat dengan realiti kehidupan.
“Yang selalu terjadi dalam perhubungan.
“Sekali menipu, selamanya akan menipu.
“Good luck, wajib tonton,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Memerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pandangan sama selain turut mengakui terdapat juga nilai pengajaran yang boleh dipelajari saat menonton drama ini.
Terdahulu, drama The World Of Married mencipta fenomena selepas berjaya meraih jumlah rating tertinggi dalam sejarah rangkaian stesen TV di Korea setakat ini.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Chef selebriti, Anis Nabilah mengakui masih belum bersedia untuk menceburi dalam dunia lakonan dan nyanyian secara serius.
Jelas Anis, dirinya kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kerjaya sebagai seorang chef.
“Pertamanya, saya tak tahu saya berbakat dalam bidang berkenaan atau sebaliknya.
“Jujurnya, saya terjun dalam industri ini dengan tiada niat lain pun selain mahu ajar orang memasak. Sebolehnya mahu kongsikan ilmu yang saya ada dengan orang lain juga.
“Ini kerana, memasak memang menjadi kecintaan saya malah ia sudah dipupuk sejak kecil lagi.
“Buatkan saya rasa gembira yang secara tak langsung menaikkan semangat,” jelasnya.
Kata Anis lagi, fokusnya kini hanya satu dan sebolehnya cuba beri komitmen sebaik mungkin terhadap apa yang diceburinya kini.
“Setakat ini, niat untuk bergelar penyanyi atau pelakon tu belumlah lagi ada.
“Seperti apa yang saya beritahu, tumpuan kini hanyalah dalam dunia masakan. Saya tak mengejar populariti.
“Kalau sekiranya saya kian dikenali atas apa yang dilakukan kini, alhamdulillah.
“Cuma yang paling utama, saya boleh berkongsi dan mengajar ramai lagi orang dalam masakan,” akhiri Anis.
Terdahulu, Anis ditemui MH pada majlis pelancaran buku resepi masakan, Comfort Food With Chef Anis Nabilah di Eastin Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Buku resepi masakan ini turut mendapat kerjasama Thermomix.
Ia merupakan buku resepi masakan yang pertama milik chef kelahiran Pulau Pinang ini.
Buku terbabit mempunyai kira-kira 25 menu resepi yang telah diolah Anis sendiri dan boleh dimiliki dengan melayari www.thermomix.com.my dengan harga RM98.00 seunit.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita Indonesia, Wulan Guritno mengakui masih menyimpan impian untuk menambah cahaya mata walaupun usianya kini sudah menginjak ke angka 43 tahun.Menerusi perkongsiannya dalam...