Pelakon Datin Diana Danielle baru-baru ini ada berkongsi sebuah video di IGTV yang merakamkan dirinya ada membuat pengakuan sambil menangis teresak-esak akibat mengalami masalah sukar bernafas.
Menurut Diana, keresahan yang dialaminya bukan suatu perkara yang boleh dipandang mudah.
Bagaimanapun, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini tetap positif dan mahu mengamalkan cara pemakanan sihat dan seimbang bagi membantu masalah yang dialaminya.
“Yesterday D kongsikan how important it is untuk makan makanan segar + sihat + ikut masa. Avoid overly spicy/oily food for the time being & decrease coffee intake.
“So today I’ve recovered almost fully dari rasa sesak nafas ni dengan pemakanan, tidur yang cukup dan multivamins. So let me share the supplements that’s helped in the span of a couple of days since my terrible attack:
1. Magnesium
2. Fish Oil
3. B-Complex
4. Melatonin (if I have difficulty sleeping)
Ads
“Many of you have suggested to exercise deep breathing techniques. This helps because when we force our breathing our chest will feel even tighter and we’ll panic even more. Slow — deep — calm breaths, and think happy thoughts!
“For so many of you who texted, DMed and commented with your advise and well wishes, thank you,” tulisnya.
Diana atau mesra disapa D juga memberitahu dia turut menerima mesej dari individu yang turut mempunyai masalah sama.
“Ramai juga yg message and share yg diorg dah lama alami symptoms yg sama tapi tak tahu apa puncanya, tak berani nak share, dan ada yg pernah pergi jumpa pakar tapi tak pernah dapat jawapan dan masih tertanya-tanya macam mana nak deal with your symptoms.
Ads
“Ada yg bertahun dah suffer tapi tak ada solusi… it’s okay, don’t give up, just keep searching for ways to manage it until you find what works for you. Yesterday my attack happened in the evening but it was a lot milder than the previous one. Today —- so far NOTHING.
“I feel like I’ve almost recovered but it’s too early to tell… so here I’m sharing this just for those of you who’ve asked me to share how I approach in dealing with my symptoms so I hope this helps.
“Please note, everyone’s journey and approach is different. I’m following my intuition, what makes sense to me and what I feel works for my body,” kongsinya panjang lebar.
A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on Aug 19, 2019 at 7:51pm PDT
“Sekarang ini saya menuju ke set pengambaran. Semalam saya ada bincangkan mengenai kepentingan selepas makan, jangan sesekali terlepas makan dan jangan biarkan perut masuk angin.
Ads
“Sekarang ini saya nak kongsikan mengenai vitamin. Memandangkan saya kemurungan tempoh hari, ramai yang menasihati saya
“Saya kini mengamalkan makan magenisum kerana ia membantu otot kita dan sebelah malam pula, saya jenis tidur lewat, saya akan makan Melatonin kerana ia membantu menenagkan otak kita.
“Omega 3 pula, baik untuk kepada mereka yang mengalami masalah anxiety,” katanya.
Terdahulu, ibu beranak dua ini membuat pengakuan yang mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia mengalami masalah anxiety atau serangan kebimbangan atau keresahan melampau.
Video: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Linda Rafar kesal apabila dia menerima DM peribadi perihal isu yang diluahkan di laman Instagramnya, semalam.
Apa yang mengejutkan apabila individu yang bertindak melampau, hingga mengugut ingin meracun ibunya.
“En Rafar family, Kita orang akan racun mak ko, jangan menyesal.
“Deleted apa yang ko viral pasal nurse. Jaga ko!,” tulis individu tersebut.
Susulan itu, Linda menegaskan akan membuat laporan polis berkaitan ugutan tersebut.
“Okay this is too much! I will go n report police now! Siapa lagi yang hantar message ugut aku akan pastikan semua tak akan terlepas!
“Ni lagi sorang ugut aku macam2! Ko ni kenapa? Nak naikkan IG ko ke hah?.” tulisnya kesal.
Untuk pengetahuan, isu bermula apabila Linda meluahkan rasa kesalnya di IG story apabila permintaanya untuk menukar cadar katil ibunya, Rasimah Abdul Rahman disebuah hospital dikatakan tidak diendahkan jururawat.
Namun dia kemudiannya memuat naik satu lagi IG story baru bahawa akhirnya ada jururawat yang membantu menukar cadar.
Namun, kelihatan ramai yang memberi komen pelbagai.
Sebelum ini, Linda memaklumkan tangan ibunya terpaksa dipotong sampai bawah siku akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.
Foto/Instagram: Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rancangan dokumentari Jejak Rasul sentiasa menjadi penantian penonton setiap tahun khasnya bila menjelang Ramadan.
Selaku pengacara rancangan tersebut, Fedtri Yahya ada berkongsi cerita ketika menjalankan pengambaran Jejak Rasul di negara Turki, Jordan dan Palestin tidak lama dulu.
Kongsi hos ini, dia memaklumkan untuk melaksanakan musim terbaru Jejak Rasul kali ini sangat mencabar kerana kawasan pengambaran dikawal ketat oleh tentera.
“Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam.
“Silap langkah, boleh ditangkap. Boleh ditembak. Bermula esok, 6.30 petang,” tulisnya.
Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam. Silap langkah, boleh ditangkap… Boleh ditembak. . Bermula esok… 630 petang 😘 pic.twitter.com/8ESihI9DyS
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati Rizki mengesahkan dirinya kini berstatus ibu tunggal selepas berpisah sejak awal tahun lalu bersama bekas suaminya, Mohd Fadli Sahudin.
Menurut Anim, 30, hubungan dia dan bekas suami bagaimaanpun masih baik demi membesarkan anak tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom, 2.
Tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah, hos program Malaysia Hari Ini itu tampil mengulas mengenai perpisahan yang berlaku.
“Jodoh kami sampai di sini saja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini. Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara begini namun saya terpaksa juga.
“Alhamdulillah untuk dua tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami. Kini, saya dan bekas suami tidak lagi bersama.
“Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.
“Hak penjagaan anak sepenuhnya kepada saya. Hubungan saya dengan bekas suami dalam keadaan baik. Kami bersama-sama dalam membesarkan Khalsom,” katanya, lapor Harian Metro.
Dalam pada itu, Anim tidak menafikan menempuh fasa sebagai ibu tunggal bukan suatu yang senang.
“Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana. Menggalas gelaran sebagai ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah.
“Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini.
Imbas kembali, Anim dan Fadli mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2019.
Pelakon Qi Razali mendedahkan dia ada menerima mesej peribadi menyentuh hati daripada pengguna media sosial sejurus menonton filem terbaharu lakonannya, Babah yang kini masih...