Pelakon veteran, Jalil Hamid menjelaskan dia mengalami penurunan berat badan kira-kira 30 kilogram (Kg) selepas mengalami masalah jantung selain hilang selera makan sejak setahun lalu.
Jalil atau nama sebenarnya, Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, bagaimanapun bersyukur kerana keadaan kesihatannya sudah beransur pulih walaupun tidak sekuat dahulu.
“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya menunjukkan perkembangan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Sebelum ini saya langsung tak boleh makan. Bila makan saja, mesti muntah. Saya hanya boleh makan sesuatu yang cair dan halus seperti bubur. Itu yang badan saya susut mendadak daripada 98kg kepada 69kg.
“Sekarang ini saya masih berjumpa doktor di hospital kerana mereka syak saya ada masalah jantung kerana selepas menjalani pembedahan tahun lalu, jantung saya bengkak.
“Ada waktu saya disuruh duduk di wad tapi saya tolak. Lagipun saya rasa masih boleh lawan lagi. Tapi sekarang saya tak boleh nak memandu, memandu lebih dari lima minit, saya jadi ‘blank’,” katanya.
Ads
Jalil ditemui pada majlis Santai Selebriti Bersama Mufti Selangor di kediaman pasangan selebriti Diana Rafar dan Zamarul Hisham, semalam.
Menurut Jalil, disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi dia mengaku berdepan kesulitan hidup kerana tiada tawaran kerja.
“Dalam tempoh tiga tahun ini saya tidak berlakon, agaknya saya ‘direhatkan’. Terus terang saya hilang punca pendapatan.
Ads
“Saya hidup dengan apa yang orang berikan. Saya guna untuk membayar segala komitmen yang ada.
“Saya sedar orang tak tawarkan saya berlakon sebab saya tidak sihat. Produksi pun mungkin risau untuk ambil saya berlakon manalah tahu ketika penggambaran, saya ‘lenyap’ pula nanti produksi yang rugi.
“Namun begitu, apa yang boleh saya katakan hidup saya ini dalam dunia lakonan saja. Saya tak boleh buat kerja lain. Ia seperti orang beri makan nasi. Itu bidang saya, saya tidak boleh tinggalkan dunia lakonan,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Jalil meluahkan rasa syukur apabila menerima sumbangan berbentuk wang ringgit daripada rakan-rakan artis serta Lembaga Zakat Selangor.
“Saya tidak mahu susahkan anak-anak dengan masalah saya. Mereka juga ada komitmen yang perlu dibayar seperti membayar sewa rumah dan sebagainya.
“Sumbangan diberikan dapatlah bantu saya beli ubat-ubatan yang mencecah ribuan ringgit. Saya sangat menghargai sumbangan ini,” katanya.
Semalam, Jalil tersenarai antara salah seorang daripada 40 penerima sumbangan dari rakan-rakan artis dalam majlis yang turut dihadiri oleh Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar mencari nama anak sulung mereka, Wan Khair Amir menerusi sebuah aplikasi fitur Tarteel e-Quran.
Berkongsi mengenai aplikasu tersebut menerusi Instagram baru-baru ini, ia dilihat boleh memberikan panduan khasnya kepada bakal ibu bapa yang sedang mencari nama anak.
Lebih menarik, di dalam perkongsian sama, turut tersiar beberapa surah ditunjukkan beserta makna nama bersama tafsirannya.
“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’. Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah.
“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Nabil Ahmad menerusi akaun Instagram Nabilzira ada berkongsi dua pautan video awal malam tadi yang mencuri perhatian pengguna media sosial.
Kisahnya, hos MeleTop itu terpaksa membunyikan hon beberapa kali kerana ada sebuah kereta jenis Honda berwarna hitam yang parkir di belakang kenderaan yang dinaiki Nabil.
Menerusi rakaman yang diambil isterinya, Nabil dilihat ‘membebel’ sambil membunyikan hon, mengharapkan agar pemilik kereta itu segera mengalihkan kenderaannya.
“Kelakar kepala otak dia, aku nak balik ni,” antara rungutan dari Nabil.
Bagaimanapun, selang beberapa ketika akaun tersebut berkongsi pula video pendek baru, merakamkan aksi Nabil yang sudahnya terpaksa menolak sendiri kenderaan tersebut.
“Boleh tolak, tapi kurang ajarlah kan?” kata Nabil sambil isterinya pula membayangkan suaminya terkena ‘prank’ kenalan sendiri.
“Patutlah tulis ‘kau fikirlah sendiri, I rasa you kena prank ni,” respon Zira.
Bagaimanapun, video yang ditonton hampir 400,000 kali setakat ini itu belum dipastikan sama ada dia betul-betul prank atau tidak disengajakan.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, ada juga yang membayangkan Nabil sekeluarga telah kena ‘prank’ dan ada juga yang memuji Nabil yang tetap senyum dan cool meski dalam keadaan kusut.
Foto: Instagram Nabilzira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!