Ads
Home Berita “Memang Ada Niat Nak Pergi Mekah…,” – Tapi Michael Ang Akui Belum Sempurna...

“Memang Ada Niat Nak Pergi Mekah…,” – Tapi Michael Ang Akui Belum Sempurna Bab Solat

Ads

Lebih setahun memeluk Islam, pengarah popular, Michael Ang kini berhasrat untuk menjejakkan kaki ke ke tanah suci.

Perkara itu dikongsikan Michael menerusi Youtube Official Ria X : Chit-Chat with Michael Ang bersama Pu Azman.

“Saya memang ada niat nak pergi Mekah. Tapi cuma 80 peratus, lagi 20 peratus saya akui saya tak sempurna dalam bab solat.

 “Saya akui solat pun masih belajar lagi sebab kadang-kadang pakai earphone dan ada sejadah yang menggunakan speaker.

“Saya nak pergi sangat sebab nak tngok Kaabah depan mata,” kongsi Michael. 

Ads

Lantas, Azman atau mesra disapa CikMan memberikan respon positif terhadap kata-kata Michael.

“Dalam hidup ini pasti ada masalah dan itu adalah perkara normal.

“Setiap maslah pasti ada penyelesaian. 

Ads

“Sebenarnya sebelum nak ke Mekah, awak (Michael) patut timbulkan isu sembahyang di Malaysia.

“Kalau kita tengok,perbuatan menunaikan haji di Mekah lebih kepada praktikal dan perbuatan seperti  tawaf, safa dan  marwah. 

Ads

 “Tapi yang kena baca adalah sembahyang di Malaysia.

“Sembahyang ini apa pun yang terjadi, kita kena buat.

“Kalau sakit, buat solat duduk, kalau tak boleh juga, buat cara baring. Itu yang menunjukkan Islam itu indah kerana Allah nak fokus kepada hambaNya wajib solat walau apa pun terjadi,” terang CikMan.

https://www.youtube.com/watch?v=l0x-8LEM0rM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI