Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu tidak menafikan ada menerima tawaran kurniaan bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri baru-baru ini.

Bagaimanapun, suami kepada penyanyi, Sarah Rissuddin itu masih belum membuat keputusan sama ada untuk menerima pangkat tersebut atau sebaliknya.

“Kalau nak ceritakan mengenai pangkat ‘Datuk’ ni, saya tinggal cakap ‘ya’ saja. Sebab memang ada tawaran dari sebuah negeri.

“Saya ada bertanya dengan ramai orang mengenai tawaran yang ditawarkan. Masih dalam pertimbangan.

IKLAN

“Saya dengar semua pendapat. Misalnya ada juga yang kata berapa sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio.

“Akan tetapi, apabila melihat dari segi perniagaan, ia dilihat macam perlu,” jelasnya jujur.

Meski ada yang memberikan pandangan bahawa dirinya sudah ada kriteria yang cukup untuk ‘menggalas’ pangkat tersebut, namun Shuib juga tidak menafikan akan kepentingan status tersebut di dalam sesetengah perkara.

IKLAN

“Bagi saya, rasa agak janggal apabila menghadiri mesyuarat bersama usahawan yang ada pelbagai pangkat dari Datuk sehinggalah kepada Tan Sri.

“Tapi tak tahulah kalau sudah ada ‘title’ tu, dah rasa setara dengan mereka kot.

IKLAN

“Buat masa ni, saya sendiri tak tahu nak cakap atau sahkan. Okay ke kalau Datuk Shuib?,” tanyanya.

Terdahulu, Shuib ditemui pada majlis pelancaran cawangan terbaharu Bubble Bee di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis kendalian rakan artis, Sharnaaz Ahmad.

https://www.instagram.com/p/CCI9nPmHjMG/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI