Penyanyi, Ernie Zakri menerima dengan hati yang terbuka apabila lagu Berakhirlah Pencarianku nyanyiannya bersama Hafiz Suip bakal dinyanyikan oleh penyanyi baharu Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq bagi saingan separuh akhir Muzik-Muzik ke-37.
Menurut Ernie, sebagai penyanyi, dia akur dengan segala keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
“Saya hanya layak memberikan kenyataan sebagai seorang penyanyi sahaja. Tanggungjawab saya hanyalah untuk menyanyi bagi projek lagu Berakhirlah Pencarianku.
“Ia merupakan projek usahasama di antara dua syarikat rakaman iaitu Rocketfuel dan Nova Music beserta komposer lagu tersebut. Seratus peratus keputusan bukan di tangan saya.
“Mereka yang berhak untuk menentukan hala tuju lagu ini. Ini sahaja yang boleh saya katakan ketika ini. Setidaknya, sekarang, saya boleh berikan fokus yang lebih buat lagu Korban,” katanya kepada MH.
Ads
Isteri kepada penyanyi, Syamel itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Damansara pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ernie memaklumkan dia tetap melihat perkara ini daripada sudut positif dan percaya ia juga merupakan peluang yang terbaik buat Wani untuk menyinar.
“Saya dapat tahu mengenai keputusan ini pada minggu lepas. Sudah tentu saya berasa agak janggal apabila lagu yang kita nyanyikan dan lalui proses rakaman tetapi penyanyi lain pula yang akan menyanyikannya di atas pentas.
“Namun, saya tak melihat situasi ini daripada sudut negatif. Bagi saya, ia juga merupakan pendedahan yang baik buat Wani Kayrie. Saya rasa dia juga gembira untuk menggalas tanggungjawab ini.
Ads
“Kalau saya berada di tempat Wani pun, saya tidak akan melepaskan peluang seperti ini. Mungkin tiada rezeki buat saya menyanyi lagu ini,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Ernie turut memberitahu, dia bersedia untuk memberikan apa sahaja bentuk bantuan buat Wani bagi menjayakan lagu Berakhirlah Pencarianku ini.
Ads
“Saya baru dapat berjumpa dengan Wani hari ini sebab masing-masing baru ada masa. InsyaAllah jika selepas ini Wani memerlukan apa-apa bantuan, dia boleh sahaja hubungi saya,” akhirinya.
Meski tidak akan menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku, Ernie akan tetap bersaing di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 bagi lagu Korban yang juga merupakan lagu ciptaan sepenuhnya dirinya sendiri.
Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Konsert yang berlangsung selama dua hari ini juga bakal bersiaran secara langsung di TV3 dan boleh di strim di www.tonton.com.my bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Akhirnya tewas… Tiada lagi room service, tiada lagi video call, tiada lagi bilik asing, tiada lagi CCTV we back together… @markadam1079 itu yang sebenarnya.
“Aturan Allah tu cantik sekali…InsyaAllah Amin,” tulis Norazah pada entri foto tangan mereka berdua yang mengenakan ‘gelang pink’.
Perkongsian tersebut menerima reaksi baik-baik daripada rakan dan pengikutnya yang mendoakan agar suami isteri itu lekas sembuh.
Minggu lalu, Mark disahkan positif virus itu sejurus menjalani ujian saringan, mengalami simptom demam dan hilang deria bau tetapi syukur kerana berada dalam keadaan baik.
Susulan kisah sensasi yang terpalit pada pelakon dan usahawan, Emma Maembong, kakaknya Shikin Maembong tampil memberikan reaksi.
Meski tidak menyebut terhadap isu tertentu, bagaimanapun apa yang ingin disampaikannya ibarat lebih terarah kepada isu yang sedang viral kini melibatkan adiknya, memandangkan pada posting terdahulu, Shikin turut menyatakan pendirian mengenai fitnah.
Menerusi Insta Stories terkini, Shikin mengakui dia tidak masa untuk melayan sebarang krtikan melampu yang maki tanpa adab.
“Sorry la keyboard worries sekalian, i takde masa nak layan kopik bawang… pi jauh-jauh. Mana teguran positif terima…tapi yang macam orang kena sawan maki-maki takde adab saya block je..
“Terasa diri tu kompem masuk syurga, tapi sayang mulut takde insurans,” tulisnya.
Terdahulu, beberapa keping foto Emma tanpa mengenakan hijab selain foto mesra bersama abang kepada seorang menteri mulai tersebar hingga kini.
Bagaimanapun, Emma secara profesional tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial.
Foto: Instagram Shikin Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Nazrudin Rahman, mengakui dirinya sedikit terkesan selepas mengetahui bintang Hollywood, Chadwick Boseman telah meninggal dunia akibat kanser kolon minggu lalu.
Menurutnya yang mesra disapa Naz, apa yang dilalui oleh pelakon utama filem adiwira Marvel, Black Panther itu sangat dekat dengan dirinya yang baru pulih daripada penyakit saraf tunjang yang dialaminya sejak 15 tahun yang lalu.
“Untuk saya bila saya dengar kisah Chadwick Boseman tu saya terasa sangat sebab ia hampir sama apa yang saya lalui.
“Apa yang dia buat ada betulnya juga kalau kita bagi tahu orang yang kita ni sakit nanti kita hilang kerja.
“Paling terkilan dia memang rising star dan seorang yang sangat baik. Bila dia buat kerja-kerja amal untuk kanak-kanak kanser, kita sendiri pun tak tahu dia mengalami sakit itu,” katanya kepada MH.
Akui telah merahsiakan penyakitnya itu daripada orang sekeliling, Naz menjelaskan bahawa dia tidak mahu orang lain bersimpati ke atas dirinya.
“Dia mati dalam keadaan rendah diri dan tak bagi tahu pun orang sekeliling.
“Sama seperti saya rakan-rakan terdekat pun tak tahu yang saya sakit. Bila orang dah tahu saya kena marah pula sebab tak bagi tahu mereka.
“Sebab niat saya betul-betul tak nak susahkan orang lain. Bila orang simpati dekat kita, semangat untuk melawan kita kurang.
“Semangat nak melawan tu saya simpan sendiri dan bersyukur dengan sokongan ahli keluarga. Tanpa famili saya takkan dapat lalui semua ini.
Pada masa sama, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu meluahkan rasa syukur diatas sokongan yang diterimanya selama ini
“Kepada peminat yang tak henti-henti tanya ‘abang okay tak?’ saya bersyukur sangat-sangat.
“Kepada rakan media yang ambil kesah anda tidak tahu perasaan saya macam mana. Terima kasih sangat-sangat. Saya harap anda teruskan apa yang anda lakukan.
“Tapi pada masa hadapan kalau saya sakit lagi mungkin saya tidak akan cakap lagi. Saya minta maaf sebab saya amat menjaga privasi saya.
“Saya tak nak jadi punca kesedihan orang lain baik peminat, famili atau rakan-rakan. Saya tak nak jadi sebab mereka bersedih,” akhirinya.
Terdahulu, Naz baru sahaja menjalani pembedahan saraf tunjang lebih kurang tiga bulan yang lalu dan kini harus mengikuti sesi fisioterapi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...