Keletah Moleiq iaitu anak kepada pasangan Johan dan Ozlynn beraksi di lensa kamera dengan aplikasi di telefon pintar mengundang tawa.
Wajahnya yang dihiasi solekan tebal dan keyakinan diri terhadap kecantikannya cukup menghiburkan.
Malah si ibu turut mempersoalkan sama ada Moleiq merupakan anak kepada Vicha Saywho atau Sherry Alhadad melihatkan kepada iras wajah yang hampir serupa.
“Bahahahahha ko yakin!!! Ko sgt yakin!!! Hahahahahaha aduu byk video Moleiq.. pecahhhh siakk… dia feeling dia lawo.. dh mcm opera cina woii!
“Hahaha yg penting keyakinan diri tu umpama ko mmg dr kayangan yek.. mmg teragungggg ko ni moleiq, mama bangga!
“Ok leher moleiq sesat dr sblm pkp.. x jumpa jln pulang… moga moleiq berjaya mendapatkan lehernya semula. @sherry_alhadad ni anak ko ke anak @vicha_barbie,” kongsinya.
Lalu, Vicha dilihat turut memberi reaksi dan seloroh meminta pelakon itu memulangkan semula anaknya yang hilang.
Serentak itu, netizen turut memberikan reaksi dan rata-rata terhibur dengan keletah anak bongsu pasangan selebriti itu.
Foto : Instagram Ozlyn