Penyanyi dan pelakon senior, Amy Mastura meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-20.
Berkongsi sekeping foto berdua bersama suami di Instagram, Alvin Tham Suffian bintang Puteri Impian ini kekal bahagia harmoni dalam perkawinan bersama anak-anak.
“Trima kaseh pd semua yg beri ucapan dan doa buat ulang tahun perkahwinan akak n Suami yg ke 20 tahun. Alhamdulillah!,” tulisnya ringkas.
Serentak dengan perkongsian tersebut, warga maya dan rakan artis terus memberi dedikasi, seterusnya mengharapkan semoga bahtera rumah tangga kekal bahagia sampai bila-bila.
“Happy anniversary kakak n abgku kekal ke jannah..miss u both!,” komen jurusolek, Datuk Alha Alfa.
IKLAN
Malah, tidak kurang yang memuji pernampilan fizikalnya yang disifatkan tidak dimamah usia, kekal muda sentiasa.
“Tp nmpk kak amy mcm umur 20,” tulis peminat
“Muka pun nampak umur 20 tahun kak amy. selamat ulang tahun perkahwinan kak amy n husband,” komen seorang lagi peminat.
IKLAN
“Alhamdulillah, panjang jodohnya, semoga terus bahagia hgga ke Jannah, ameen… Happy 20th anniversary Kak Amy, tp Kak Amy mmg awet muda lah, tak berubah lgsung… Manis comel jek,” antara komen tertera.
Sekadar imbasan, Amy yang pernah merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14 ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata Adriana, 19, dan Adalia, 16.
Pelakon, Rita Rudaini menempelak dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya mempunyai dendam sehingga menghalang anaknya berjumpa dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Razak.
Katanya, dia tiada masalah dengan bekas suaminya itu dan hanya orang diluar sana sahaja suka mereka cerita.
Kenyataan tersebut dibuat selepas Rita memuat naik gambar anaknya sewaktu kecil bersama Aidil di Instagram.
“Macam-macam spekulasi manusia kalau sis upkan pasal anak-anak. Tak bagi jumpa anaklah, dendam sampai anak jadi mangsalah, tak bagi anak main bola sebab pak dialah.
“Seronok sis baca cerita dongeng rekaan manusia diluar sana. Nah sis belanja gambar anak beranak. Maaf gambar lama tapi sentinmental tau. Pic baru takda so sis belanja gambar lama ja. Sis takda masalah pon dengan bekas suami. Kita tak gaduh pun husnuzon je,” tulisnya.
Tambah Rita, dia berjanji akan membawa anak-anaknya menonton perlawan bola sepak yang melibatkan bekas suaminya itu jika ada masa dan kelapangan.
“Nak buat macam mana dah DNA bapak depa. Tak salahlah sis post gambar depa anak beranak. Sis takda masalah dengan Daddy Ryan and Juna. Harap lepas ni jangan pertikai sis tak bagi itu ini.
“Takkan semua sis nak cerita kat orang. Takpe one day mommy bawak tengok game daddy. Tunggu daddy kasi tiket,” katanya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Rita yang menjaga baik hubungan anak-anaknya bersama bekas suami.
Ketika ini, Aidil sedang beraksi untuk pasukan kebangsaan dalam misi untuk membawa pulang piala agung AFF Suzuki Cup 2018.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model, Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce telah berkongsi berita gembira buat peminat.
Kongsinya kepada MH, dia bakal melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini.
Ketika ditemui, Ain yang turut menjadi selebriti undangan pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC, pada Rabu berkongsi berita gembira itu.
“Syawal kali ini saya memang rehat seketika dari sebarang projek seni bagi beri fokus pada persiapan majlis tunang, 22 Jun ini.
“InsyaAllah, majlis akan dilangsungkan di Kuala Lumpur sahaja,” katanya berkongsi.
Bintang tinggi lampai berusia 28 tahun itu juga turut memaklumkan, majlis tunang akan dilangsungkan secara sederhana.
“Majlis yang akan kami anjur sederhana sahaja. Malah para jemputannya pun terdiri daripada ahli keluarga kedua belah pihak selain rakan terdekat.
“Apa pun, saya sebenarnya tengah kelam-kabut juga sebab maklumlah, perlu buat persiapan, kemas rumah dan sebagainya.
“Saya dan keluarga saling membantu. Bukan apa, bergotong-royong ni seronok sebab masing-masing berkumpul,”ulas Ain lagi.
Tambah hos Lima Letup ini lagi, dia bagaimanapun merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan hujung tahun ini.
“Kita orang memang rancang untuk berkahwin tahun ini juga, mungkin Disember nanti, insyaAllah. Doa agar semuanya dipermudahkan,” pinta Ain yang dirisik teman lelakinya, Amirul Hafiz pada 19 April lalu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Semoga berbahagia buat Ain dan pasangan, moga kekal hingga ke jenjang pelamin.
Majlis pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Scha Alyahya, Tasha Shila, Nadia Brian, Siti Saleha, Daiyan Trisha, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Perasmian majlis tersebut telah dirasmikan oleh artis korea terkenal, Oh Yeon Seo yang merupakan seorang pelakon drama bersiri My Sassy Girl.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lakonan Ummi Nazeera tidak perlu dipertikaikan lagi, malah rata-rata berpendapat Ummi merupakan antara aktres berbakat besar yang ada dalam industri seni tempatan.
Terbaharu, lakonan Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 32, menerusi drama Rindu Kasih mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam babak pergaduhannya dengan ibu mentua lakonan Fazlina Datuk Ahmad Daud.
Berkongsikan video babak tersebut di laman Instagram miliknya, Ummi mengakui adegan itu antara yang paling sukar pernah dibawakannya sepanjang bergelar anak seni.
“Watak ini sebenarnya memang sangat berat sebab penderitaan dia bertalu-talu.
“Ada juga yang Ummi baca komen tengah melalui apa yang Ina (watak Ummi) rasa.
“Semoga Allah permudahkan urusan semua dan buka pintu hati ibu mentua all of you,” tulis Ummi di ruangan kapsyen.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen serta rakan artis mengagumi bakat yang dianugerahkan kepada Ummi yang disifatkan pelakon serba boleh.
“Multiple emotions in one shot.You set the bar high,” komen pelakon dan penyanyi Alif Satar.
“You’re so good!” coret pelakon Catriona Ross Bahrin.
“Superb acting,” titip pelakon Dynas Mokhtar.
“Tahniah Ummi, saya bangga dengan awak for Salina.Sakit saya menulis skrip ini terbayar dengan persembahan Ummi, Alhamdulillah,” komen penulis skrip drama tersebut, Noradlie.
Sementara itu, suami Ummi, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani turut berbangga dengan aksi cemerlang isterinya malah percaya Ummi berpotensi meraih trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun hadapan.
“Kalau ini tak menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun depan, korang cakapla kat saya. Saya sendiri yang akan buat award tu kasi kat dia,” tulis Dr Izzar menerusi kapsyen video di laman TikTok miliknya.
@izzaranwari Benda boleh gaduh, buat apa nak baik2? Dari seorang yang baik innocent, terus meletup disebabkan oleh dendam kesumat orang lain. Kesian Salina. Kalau ini tak menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun depan, korang cakapla kat saya. Saya sendiri yang akan buat award tu kasi kat dia. p/s : Macam lebih 10 minit scene ni sahaja. Editor pun mesti taknak cut banyak2 takut terlepas intipati2 penting. Terbaik editor @Nazeera Ummi #fyp#rindukasih♬ Munajat – DAQMIE
Dalam drama Rindu Kasih, Ummi membawakan watak Salina, seorang wanita dan isteri yang teraniaya.Tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu sejak kecil, Salina berharap sedikit kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami (lakonan Izzue Islam).Namun, Salina sering menerima fitnah dan tohmahan bertubi-tubi daripada ibu mentua yang membencinya.
Rindu Kasih yang diarahkan Pali Yahya ditayangkan di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...