Kecoh di laman sosial sejak kebelakangan ini apabila pelakon Sherry Ibrahim dikatakan melakukan pembedahan wajah.
Terbaru, usahawan dan pelakon itu juga ada memuat naik sekeping gambar di Instagrammya.
Lalu, gambar tersebut dihujani komen mengenai ‘perubahan’ wajah pelakon wanita itu.
Bagaimanapun, Sherry telah menutup ruangan komen gambar tersebut.
Sherry sebelum ini sudah menjelaskan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: IG Sherry
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persembahan Zamani, Siti Nordiana & Duet Nabila Razali Curi Tumpuan, Jelajah Suria FM Di JB Penuh Dengan 8000 Penonton
Meriah! itu yang boleh disimpulkan apabila kira-kira 8,000 pengnjung membanjiri ruang di pentas utama Paradigm Mall, Johor Bahru pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung Sabtu lalu.
Kemeriahan itu dirasakan dengan kehadiran barisan artis popular yang ‘sporting’ menghiburkan penonton antaranya Zamani, Dolla, Yonniboi, Boboy dan ramai lagi.
Antara yang menarik mencuri perhatian menerusi persembahan duet Siti Nordiana bersama Floor 88 untuk lagu Gurauan Berkasih manakala Nabila Razali berkongsi pentas bersama Renggo Arrow menyanyikan lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid yang mesra disapa sebagai DJ Lin berkata, sambutan peminat setia Suria FM di Selatan kali adalah yang paling ramai pernah dicatatkan sejak penganjuran siri jelajah berkenaan.
“Sambutan seumpama ini kami jadikan sebagai kayu pengukur dalam melihat progres serta pencapaian Suria FM. Kejayaan ini mencetuskan inspirasi buat kami di Suria FM agar terus berusaha memberikan yang terbaik buat pendengar setia kami.
“Misi terdekat kami adalah untuk meletakkan Suria FM tersenarai di antara 3 stesen radio bahasa Melayu popular dan paling ramai khalayak pendengar, apatah lagi tahun ini menyaksikan Suria FM bakal menyambut ulang tahun Ke-15 penubuhannya.
“Mohon Doa semua moga impian dan hasrat kami menjadinyata dan moga Allah permudahkan segalanya,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi, Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL akan berada di lokasi terakhir Sabtu ini di East Court, IOI City Mall, Phase 2, Putrajaya.
“Acara yang akan bermula seawal jam 1 tengahari itu bakal menyaksikan persembahan lebih 18 artisantaranya, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Imsoniacks, Amir Uk’s, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, WanyHasrita, Haqiem Rusli, Iman Troye, Amir Masdi dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Awak Sayang Saya Ke Rokok?” – Janna Nick Minta Putus Dengan Siapa?
Amboi serius sungguh Janna Nick meluahkan rasa hati.
Video minta putus hubungan yang dimuatnaik di Instagram Janna Nick nampaknya menerima reaksi pelbagai daripada netizen.
“bila saya tanya awak sayangkan saya ke sayang kan rokok..
awak jawab: SAYA KENAL ROKOK DULU SEBELUM AWAK!
awak ingat kelakar ke???!!!!
tag BF penipu yang janji nak berenti tapi tak berenti….,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun, walaupun Janna memberi kata dua kepada lelaki-lelaki di luar sana, nampaknya ada sahaja alasan yang diberikan.Aduh, ada saja alasan kan. Sampai tersimpang tajuk pun ada.
“fahami la sy…selain awak rokok je teman sy…hahahaahahaa”
“Okey macam ni la. Lelaki yang baik kalau dah hisap rokok memang susah nak tinggalkan walaupun dia tahu ianya haram, tapi perempuan yang baik tak akan dapat menerima poligami walaupun dia tahu ianya halal.”
Walau bagaimanapun, pesanan khidmat masyarakat yang dibawa oleh Janna ini wajar diberi perhatian. Maklumlah, rokok adalah perosak dan membawa pelbagai penyakit.
Foto: Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sepanjang 14 Tahun Berkahwin, Jujurnya Saya Pernah Buat IVF 4 Kali, 3 Kali Kandung Kembar Dan…” – Ini Perkongsian Isteri Datuk Adi Putra Yang Jentik Emosi
Isteri kepada pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof reda nantikan rezeki cahaya mata, meski sudah hampir 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah, Aida turut berkongsi rasa menerusi temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini lalu ia dikongsikan Aida menerusi Instagram, beberapa minggu lalu.
Video tersebut antara lain turut memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Malah, dia turut akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay.
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
“Saya reda. Walaupun tak dikurniakan anak, saya sudah ada dua orang anak angkat,” katanya lagi.
View this post on InstagramA post shared by AIDA YUSOF #taatpadayangsatu (@aidayusof786) on
Sementara itu, Aida hanya menulis kapsyen ringkas iaitu ‘My Diary: 25.03.2019’. Lalu di ruangan komen yang ditinggalkan pengikutnya pula, rata-rata memberikan tips dan kata semangat buatnya agar terus kuat dan bersabar.
Foto: Instagram Aida Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI