Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin menghafal ayat suci Al-Quran.
Malah, Rita telah menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama dua orang puteranya, Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Rafqa Arjuna, 8 tahun baru-baru ini.
“Mommy mmg berhajat utk tgk anak2 mommy jd al hafiz sebelum mommy tutup mata…anak2 lelaki saham mommy di sana….insyaallah moga di perkenankan olehNYA,” tulisnya.
Fenomena filem epik, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut dirasai semua termasuk golongan selebriti yang sama-sama menyokong filem tempatan yang kini sukses mengutip jutaan ringgit meski baru beberapa hati ditayangkan di pawagam.
Pelakon Fauzi Nawawi misalnya turut berkongsikan pengalaman sewaktu ini menonton filem hebat arahan Syamsul Yusof itu.
Menurut Fauzi, dia sebelum ini tidak berjaya mendapatkan tiket kerana sudah penuh namun akhirnya berpeluang menonton filem berkenaan pada hari biasa.
“Dah beberapa hari ni panggung penuh je sampai takde ruang nk tengok #matkilau. Memang berbisa betul pukulan @syamsulyusoffilm ni ,fenomena filem epik di zaman milenium.
“Guys korang Kalau nak tengok filem ni hujung minggu kena booked tiket dari sekarang, Saya terpaksa datang tonton time orang sibuk bekerja dan belajar. Tahniah big bro @syamsulyusoffilm.
“Tak senang tidur saya dibuatnya tiket asyik habis je,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Suami kepada aktres Lisdawati ini menonton filem tersebut bersama anak-anak.
“Selepas beberapa hari nak tengok Mat Kilau tiket tak ada semua penuh, full house. Jadi saya buat keputusan untuk tonton Mat Kilau waktu tengahari orang tengah sibuk berkerja. Akhirnya saya dapat tiket, tengok dengan anak-anak saya,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat tayangan, semalam.
Filem itu sekali gus mengatasi kutipan filem Jurassic World dan Top Gun Maverick yang turut ditayangkan di Malaysia ketika ini.
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menerusi Harian Metro menyifatkan kutipan yang dicapai setakat ini adalah luar biasa.
“Melihat kepada senario untuk filem Mat Kilau, kebanyakan ulasan daripada masyarakat yang belum dan sudah menonton mereka memberikan komen dan maklum balas yang sangat positif.
“Saya sangat bersyukur sebagai penulis filem ini juga kerana mereka menerima baik naskhah epik yang mengangkat tokoh Melayu kita iaitu Allahyarham Mat Kilau.
“Jadi ini satu usaha bersama bukan saja saya sebagai pengarah, pelakon, pasukan dan penerbit, tapi juga disokong kuat oleh penonton Malaysia sendiri. Jadi kita sama-sama harus berbangga dengan kejayaan ini dengan kutipan pada saya luar biasa.
“Jadi kalau mengikut komen dan buah mulut orang, insya-Allah kutipan filem ini akan terus bertambah,” katanya.
Filem terbitan Studio Kembara itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhan, Johan As’ari dan ramai lagi.
Baru-baru ini, pelakon Diana Rafar ada memuat naik satu rakaman video ingin membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Zamarul Hisham.
Bagaimanapun, Diana memberitahu kejutan istimewa itu tidak menjadi apabila dirinya pula menerima kejutan daripada suaminya yang kini sudah menjangkau usia 50 tahun.
Di samping meluahkan rasa sayang kepada suami, Diana turut menitipkan ucapan serta doa kepada Zamarul agar sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.
“Tau lah dia pelakon… memang pandai baca bila org nk menipu.. penat kita rancang kita yg terkejut tiba2 dia tau , dia siap nyanyi happy birthday dari luar gate…
“anyway papa we love u more and forever ramai syg dia… moga Allah sentiasa lindungi papa dunia akhirat , sihat selamat berjaya … dan paling penting dapat keberkatan dalam apa pun di dunia dan akhirat… Amin ya Allah amin…. Doakan dia ya @zamarulhisham93,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kemesraan pasangan pelakon ini dan mendoakan agar mahligai cinta yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Imbas kembali, Diana mendirikan rumah tangga bersama Zamarul pada 16 Mei 2009 namun telah bercerai pada 15 Januari 2015.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk rujuk kembali dan telah diijab Kabul semula pada 15 Mei 2015.
Setelah hampir 12 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Diana Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...