Janna Nick tidak menafikan dirinya kini sedang berkawan rapat dengan model dan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann.
Bagaimanapun, bintang berusia 24 tahun itu belum sedia untuk berkongsi lanjut mengenai hubungan berkenaan memandangkan mereka masih dalam fasa berkawan.
“Kami memang berkawan rapat dan saya selesa dengannya. Buat masa sekarang biarlah kami ikut aturan ditetapkan. Jangan nak terburu-buru.
“Lagipun, saya ini perempuan jadi tak manis sekiranya terlalu bercakap soal ini. Nanti apa pula kata orang. Sebaiknya, doakan saja yang baik-baik,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Sementara itu, bintang Bukan Cinta Aku ini juga turut mengakui jejaka tersebut merupakan lelaki yang baik dan tidak pernah nak tumpang populariti.
“Cukup untuk saya katakan dia lelaki yang baik. Lagi satu, walaupun dia berlakon dengan saya, dia tak pernah nak tumpang populariti.
“Itu yang membuatkan saya selesa berkawan dengannya. Kebetulan, saya jarang ada kawan lelaki dan boleh jadi kawan baik,” kongsi Janna lagi.
Hubungan keduanya difahamkan mulai rapat apabila dua bintang berkenaan terlibat sama menerusi drama rantaian, Bukan Cinta Aku yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 baru-baru ini.
Foto: Instagram Janna, Dini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI