Penyanyi Datin Alyah ada berkongsi sekeping foto bersama suami, pengarah muzik Datuk Ramli MS menerusi Instagram. Foto berkenaan dirakam ketika sambutan ulang tahun kelahiran maestro muzik berkenaan.

Menarik perhatian, penyanyi yang kini muncul menerusi single Cintaiku itu turut menulis status humor berkenaan punca suaminya itu tidak memuat naik foto mereka bersama di mana-mana platform media sosial.

“Kenal tak mamat blakang tu?? Memang jarang nampakla dia dgn saya. Kita orng selalu calling calling je. Jumpa pon senyap senyap shhhhhhhhhh jgn bilang syiapa syiapa.

“Tahun ni sempena birthday dia saya nak buat pengakuan. Sebenarnya ni laaa skandal saya slama ni… Memang dia tak pernah letak pic saya dlm ig dia dah nama ponskandal…hehehe.

IKLAN

“Tapi dlm fon dia byk tau pic saya sampai muntah dia tengok (Cerita kat atas tu gurau je jgn serious sgt),” tulisnya.

IKLAN

Melihat ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan ‘pengakuan’ bintang berkenaan dan tidak kurang yang turut mendoakan kebahagiaan kedua pasangan ini.

Sebelum ini, Datuk Ramli yang mesra disapa sebagai Tok Ram yang juga juri tetap program Gegar Vagazan turut diraikan dalam program berkenaan secara langsung.

IKLAN

Sekadar infomasi, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.

#MHvideo Ini mungkin scene yang korang tak nampak masa GV6 semalam kan? Btw, happy bday Tok Ram!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, November 17, 2019

Foto: Instagram Datin Alyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI