“Memang I Akan Block Sampai Mampos Pun You Tak Boleh Tengok IG I,” – Fatin Afeefa Kasi Warning Padu!

Share

Pelakon dan penyanyi yang kini baru sahaja muncul menerusi single Satu Jam Saja, Fatin Afeefa mendedahkan dia tiada masalah dengan komen melampau yang ditinggalkan haters menerusi media sosial miliknya selagi tidak menyentuh perihal dua permata hati, Adam Aisy Ardan dan Ivy Herra Sophia.

Katanya kepada MH, ada ketikanya dia menjawab kritikan atau komen pedas netizen, bergantung kepada situasi.

“Kadang-kadang saya jawab dan ada ketikanya saya sekat (blocked). Cuma saya akan sekat mana-mana komen yang dirasakan melampau atau pun ‘mengusik’ anak-anak saya.

“Kalau sentuh perihal anak (yang kurang baik) memang I block you sampai mampos pun you tak boleh tengok IG I,” tegas Fatin.

Pada masa sama, ibu tunggal sebaliknya cuba untuk meninggalkan komen balas dengan menggunakan bahasa berlapik berbanding memberi reaksi dalam nada keras.

“Cuma kalau ada yang bercakap mengenai isu peribadi saya, kalau saya rasa okay saya berilah reaksi.

“Akan tetapi saya tidaklah sampai nak tinggalkan komen makian. Saya akan balas dengan cara yang ‘sarkastik’.

“Misalnya kalau ada yang komen ‘harapkan cantik seban mekap je’, jadi saya akan komen ‘jadi betullah, saya cantik. Itu saja,” jelas Fatin jujur.

Terdahulu, Fatin atau nama lengkapnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Adam Shaz pada 21 Disember 2013.

Bagaimanapun pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2017.

Published by
Rafiq Mazlan