Pelakon, Fasha Sandha sering berkongsi video serta foto masakan pelbagai hidangan buat yang tersayang.
Terbaru, menerusi entri terkini pelakon 35 tahun itu di Instagram, dia dilihat ada menyediakan menu Nasi Goreng Kampung buat suami tercinta, Aidil Aziz.
Menurutnya, masakan kampung merupakan menu kegemaran suami.
“Kegemaran Encik Suami, Dia kata Sedapnya sayang, Macam masakan orang kampung. Eh, memang isteri u orang kampung, jawapan I.
Ads
“Hanya Nasi goreng Dan doa mengiringi suami Dan team MASC @masc2012 Malaysia ke Singapore untuk Perlawanan bola Sepak Di Singapore Malaysia Celebrity Cup 2019.
“Faktor kesihatan tak mengizinkan. Tak dapat nak join sayang. Good luck semua. #kisahsubuhtadi #taksempurnabyfashasandha@itsaidilaziz,” tulisnya yang telah berkahwin bersama Aidil pada 30 Mac lalu.
Personaliti televisyen terkenal Indonesia, Ruben Onsu, akhirnya mendedahkan detik dirinya memeluk agama Islam, satu keputusan yang disifatkan beliau sebagai penuh ketenangan dan kedamaian.
Menerusi temu bual bersama saluran YouTube Starpro Indonesia, Ruben berkata keputusan tersebut turut mengejutkan dua individu rapat dalam hidupnya, iaitu pendakwah bebas Habib Usman bin Yahya dan isteri beliau, pelakon dan usahawan Kartika Putri.
“Ya Bib, saya mahu masuk Islam. Ketika itu Habib terdiam, dan Kartika Putri juga terkejut,” katanya.
Menurut Ruben, keputusan untuk memeluk Islam hadir selepas dia merasai satu ketenangan jiwa yang sukar diungkap dengan kata-kata. Malah, beliau mengakui perasaan itu mula dirasai sejurus kali pertama mengambil wuduk.
“Ketenangan itu tidak dapat saya ceritakan. Dari saat saya mengambil wuduk pun saya sudah berasa segar,” ujar pengacara rancangan bual bicara popular, Brownis.
Sejurus bergelar mualaf, Ruben mengambil langkah serius untuk mendalami ilmu agama, khususnya berkaitan ibadah solat. Dia turut meminta bimbingan daripada Habib Usman untuk menyempurnakan solat lima waktu.
“Saya nyatakan kepada Habib, untuk bacaan surah-surah pendek, saya akan baca setakat yang saya mampu dahulu. Tetapi saya mahu solat saya dilakukan dengan sempurna,” jelasnya.
Lebih membanggakan, Ruben turut memaklumkan bahawa dia telah berjaya menghafal tiga surah pendek hanya dalam tempoh dua hari selepas memeluk Islam.
“Habib minta saya mula dengan beberapa surah, tetapi saya beritahu bahawa saya sudah hafal tiga. Masa itu baru hari kedua saya masuk Islam,” katanya.
Ruben Onsu dikenali sebagai seorang selebriti yang aktif dalam bidang pengacaraan, lakonan dan perniagaan.
Imbas kembali, pemilik nama penuh Ruben Samuel Onsu ini pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Sarwendah Tan pada 2013 dan memiliki tiga cahaya mata. Namun mereka telah rasmi bercerai pada 2024.
Dia mengumumkan dirinya sudah bergelar mualaf menerusi satu hantaran di Instagram pada 31 Mac 2025 yang lalu pada Hari Raya Aidilfitri.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon Hanez Suraya mendedahkan dia masih lagi menunggu tarikh untuk menerima suntikan dos pertama vaksin.
Meski sudah mengemaskini status menerusi aplikasi MySejahtera, namun ibu kepada dua cahaya mata ini masih menantikan giliran.
Hanez berkongsikan perkara tersebut menerusi satu posting di Insta Story, pada Selasa.
“Tapi sekarang ni hakak dok refresh dok update MySejahtera segala info sampai laaaa ni tak ada pape berita date vaccine hakak ni. Hakak rasa murung dah ni,” tulisnya.
Hanez pada masa sama turut meminta agar mana-mana pihak yang enggan mendapatkan vaksin supaya tidak menghasut orang lain untuk berbuat perkara sama.
Bagi Hanez, tujuannya untuk menerima vaksin kerana mahu menjalani kehidupan normal sebagaimana sebelumnya.
“Bukanlah nak complete kan vaccine ni sebab nak travel ke apa. Sebab nak jalani kehidupan macam biasa balik. Nak keluar cari rezeki, nak buat aktiviti nak semua bendalah macam biasa.
“Lagi-lagi kita lama tak jumpa keluarga. Bila semua dah kembali pulih, baru lah fikir masa tu nak terbang ke nak mendayung ke mana-mana lah pergi.
“Yang mana tak nak ambil vaccine tu, tak payah nak hasut-hasut orang nak negatif itu ini. Kita semua nak kembali normal.
“Awak tak nak vaccine awaklah patut duduk sef-lockdown kat rumah diam-diam tengok kami semua kat luar boleh keluar macam biasa,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini menyokong penuh hasrat isterinya itu untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas lama berehat.
Menurut Farhan, dia merasakan program Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) ini merupakan platform terbaik untuk mempamerkan kualititi Zulin sebagai antara pelawak wanita berbakat di negara ini.
“Pertama sekali, dia ada bertanya kepada saya dahulu. Katanya ada kumpulan ajak masuk MLS4 dan ahlinya adalah Chiwan dan Nizam. Saya pun memang peminat MLS dan Maharaja Lawak Mega (MLM).
“Jadi bila dia minta izin, saya pun benarkan. Saya bagitau dia, apa salahnya untuknya mencuba dan buat ‘comeback’.
“Mungkin platform ini menjadi rezeki atau turning point untuk orang ramai melihat semula bakat Zulin. Jadi, saya izinkan dan berikan sokongan penuh sepanjang MLS4 ini,” katanya kepada MH.
Pasangan ini ditemui di majlis sidang media MLS4 di Auditorium CIDB, Cheras pada Ahad.
Katanya lagi, sepanjang sembilan minggu bertanding, dia dapat melihat kesungguhan kumpulan Zuara itu untuk menghasilkan persembahan yang terbaik.
“Saya tahu kepayahan yang terpaksa dia hadapi untuk bertanding di program ini. Saya pun tak berhenti berikan sokongan moral dan penuhi apa sahaja yang dia mahukan.
“Saya pun tak faham sangat tentang dunia komedi ini tapi saya tetap luangkan masa dan bantu apa yang perlu,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia meletakkan sebarang syarat buat Zulin selepas isterinya itu memutuskan untuk kembali aktif, Farhan percaya isterinya boleh membawa diri.
“Saya tidak meletakkan sebarang syarat kerana saya pun faham kerjaya dia. Sewaktu kami berkenalan pun, kita tahu dia memang aktif dalam dunia seni.
“Kami pun faham antara satu sama lain. Asalkan tahu jaga batas dan boleh seimbangkan diantara kerjaya dan kelurga,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Zulin akui tidak menyangka apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Superstar Paling Gempak di pentas akhir MLS4.
“Saya pun tak jangka akan menerika anugerah tersebut. Saya sebenarnya lupa ada kategori itu. Bila nama diumumkan, saya sangat terkejut dan tak pernah sangka.
“Mungkin Allah nak beri rezeki. Jadi, ini merupakan semangat dan turning point untuk saya buat comeback,” katanya.
Zuara menduduki tempat kelima di malam kemuncak dengan membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...