Pelakon, Fasha Sandha sering berkongsi video serta foto masakan pelbagai hidangan buat yang tersayang.
Terbaru, menerusi entri terkini pelakon 35 tahun itu di Instagram, dia dilihat ada menyediakan menu Nasi Goreng Kampung buat suami tercinta, Aidil Aziz.
Menurutnya, masakan kampung merupakan menu kegemaran suami.
“Kegemaran Encik Suami, Dia kata Sedapnya sayang, Macam masakan orang kampung. Eh, memang isteri u orang kampung, jawapan I.
“Hanya Nasi goreng Dan doa mengiringi suami Dan team MASC @masc2012 Malaysia ke Singapore untuk Perlawanan bola Sepak Di Singapore Malaysia Celebrity Cup 2019.
“Faktor kesihatan tak mengizinkan. Tak dapat nak join sayang. Good luck semua. #kisahsubuhtadi #taksempurnabyfashasandha@itsaidilaziz,” tulisnya yang telah berkahwin bersama Aidil pada 30 Mac lalu.
Dalam pada itu, peminat turut memuji Fasha yang kini semakin rajin meluangkan masa bersama keluarga.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4 tahun.
Video: Instagram Fasha Sandha