“Memang Kekok Kerana Saya Tidak Kenal…,” – Kena Jadi ‘Couple’, Khai Bahar Dedahkan Sikap Sebenar Riena Diana Di Set Lokasi

Share

Penyanyi, Khai Bahar mendedahkan dirinya rasa kekok untuk melakonkan adegan bercinta dengan rakan pelakon, Riena Diana menerusi drama sulung mereka, Kisah Cinta Rumi.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin menjelaskan, gara-gara situasti tersebut, dia terpaksa mengambil masa untuk mendalami karakter heroinnya itu sebelum selesa beraksi bersama di hadapan lensa kamera.

“Memang kekok kerana saya tidak kenal karakter Riena sebelum ini, namun kerana drama ini mengandingkan kami sebagai pasangan bercinta, jadi ‘kimia’ itu harus diwujudkan.

“Saya juga bersyukur kerana Riena memudahkan kerja dan membuatkan saya selesa.

“Sikapnya yang ceria dan ‘gila-gila’ menjadikan kami lebih mudah untuk membangkitkan kemesraan. Terhibur saya dengan keletah spontannya, yang mana Riena sendiri popular selepas dramanya yang berjudul Kampung People.

“Ada sesetengah pelakon, yang membangkitkan rasa bercinta dengan melakukan rutin pasangan yang sedang bahagia. Namun, saya menyekatkan perkara itu di set penggambaran saja dan tidak lebih daripada itu,” katanya kepada MH.

Penyanyi Luluh ini berkata demikian ditemui di majlis pelancaran Zikir Damba Ketenangan di Hotel The Pearl, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, Zikir Damba Ketenangan memuatkan lima zikir dan satu lagu penuh berjudul Perpisahan ciptaan sepenuhnya Rudy Nastia, Shamin Nazri dan Adi Pawana.

Album ini diterbitkan oleh 17 Eleven Music diibaratkan sebagai hadiah buat mereka yang sudah lama menantikan Khai muncul dengan lagu ketuhanan dan zikir.

“Sebelum ini menyanyikan lagu bahasa Melayu, tidak ada masalah tetapi apabila membabitkan sebutan perkataan Arab, memang ambil masa juga nak rakam. Tanda bacaan kena betul.

“Album ini saya dan Dr Azrul sudah rancang lama di mana memang nak keluarkan pada bulan Ramadan. Alhamdulilah, tahun ini terlaksana jugai,” katanya lagi.

Kisah Cinta Rumi bersiaran menerusi slot Lestary TV3 bermula 24 April lalu setiap Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam.

Foto: Instagram Khai Bahar, Riena Diana

Published by
MH