“Memang kurus! Tapi Tolong Jangan Tipu Orang Dengan Wujudkan Produk Kurus!,” – Iesya Toh

Share

Personaliti TV, Iesya Toh ada memberi gambaran secara asas mengenai pembedahan yang dikenali sebagai bariatrik.

Ini kerana, kebelakangan ini ia semakin menjadi pilihan dalam kalangan pesakit obesiti khasnya yang dilihat sebagai salah satu kaedah penurunan berat badan terbaik yang berkesan.

Bagaimanapun, Iesya turut meminta jika ada individu yang melakukan prosedur tersebut supaya tidak menipu peminat dengan menjual ubat kurus selepas itu.

“Ramai tanya operation potong perut tu mcmne? Hah yang ni la.

“Ramai selebriti yang buat! Memang kurus! Tapi tolong laa jangan tipu orang dengan wujudkan produk kurus!!

“Kat Europe mmg dah lama buat bariatrik ni, untuk kesihatan. Yang ada diabetic & kolestrol tinggi, Alhamdulilah terus hilang.

“Yg penting consistent jaga pemakanan  #GambarHiasan,” tulisnya pada satu hantaran menerusi Instagram.

Pembedahan tersebut juga sebenarnya bukan semata-mata untuk mengurangkan berat badan, sebaliknya dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dalam jangka masa panjang.

Secara asasnya, pembedahan bariatrik terbahagi kepada tiga iaitu Sleeve Gastrectomy, Gastric Bypass dan Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras.

Foto: Instagram Iesya Toh

Published by
MH