Pelakon, Raja Ilya menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan impiannya untuk menimang cahaya mata sulung perempuan akhirnya telah dimakbulkan.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ilya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Video tersebut memaparkan suaminya, Trent Garret yang memotong kek coklat mengandungi krim berwarna merah jambu yang menjadi simbolik menandakan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Menurut Ilya, ahli keluarga mertuanya juga turut mengharapkan bayi perempuan memandangkan mereka sudah memiliki ramai bayi lelaki.
“Gender reveal. wow, so excited! Memang nak sangat girl as our first child. Boleh melaram sekali, doll up, omg so so excited, Syukur Alhamdulillah.
“He knows the best for us. Amin. Nasib bukan boy you all. Kita tak ada pengalaman sangat handling baby boy. Belah Trent pula semua boys. So, nervous juga kalau first child boy kan and they’ll pula expecting girl in the family. So yay,” tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon filem KL Vampire ini memaklumkan perkara yang menjadi keutamaanya buat dia dan suami ketika ini adalah untuk memastikan bayi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat.
Dikesempatan itu juga, Ilya turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menitpkan doa yang baik buat dirinya dan kandungan.
“Macam mana puasa hari ini ? Long way to go. Sebulan lagi nak complete puasa, so, perlahan-lahan kayuh okay.
“So here we are. Ramai yang guess kata boy. I appreciate that guys. Yang penting baby sihat walafiat. Thank you for all the doa and wishes ya,” kongsinya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen da rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar segala urusan Ilya saat melahirkan nanti akan sentiasa dipermudahkan.
“Congratulations for your baby girl. The princess will be doll up by you for sure.
“Wow, dapat juga baby girl. Mom instinct lebih betul.
“Congrats babe! So happy for u both.
“Happy family. Baby and mummy stay safe.
“Yeahhhh I teka tadi pun girl. Tak sabar nak tunggu baby keluar,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Untuk rekod, Ilya dan Garret yang juga merupakan warganegara Australia telah melangsungkan pernikahan mereka pada tanggal 23 Disember 2018.
Pada Mac lalu, Ilya mengumumkan dirinya hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki lima bulan. Difahamkan dia dijadualkan bakal bersalin sekitar Julai nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Raja Ilya