Memuat naik beberapa paparan skrin perbualan dia dan pengguna media sosial, bekas pelajar Akademi Fantasia 2015, Aziah kesal apabila menerima kecaman daripada individu tidak dikenali.
Pada mulanya wanita dari Sabah ini ditegur kerana dikatakan berkulit gelap, namun kritikan berlarutan sehingga menyentuh isu penampilan yang dikatakan buruk dan gedik.
“Mula2 chat dlu tegur skin org gelap, ingt mau promot prodak.. lepas tu harini tetibaa lagiii tegur org buruk, so sis akui la sdh mmg burukk, buat macamna sis org kata cantik sis trima kasih kalau buruk buat mcmna tuhan dah cipta kann.
“Cakap org gedikk laa,scrol2 malar nmpk muka sis ja nmpk beratus jgk followers muka sis jgk dia slalu nmpk, rezeki la tu sis .. mama org , isteri org tp sedih perangai.
Ads
“Hidup simple ja gaiss jgn complicated sgt benci2 org ka apa klu x bleh tgk kelebihan dan keburukan org kau buat rumah bawah tanah jauhi dari org biar hidup kau sorang jaa .. insyaAllah manatau tenang.
“Sorry, sis tak kembang dipuji, tidak tumbang jugak di bencii dan di caci.. maaf laa kalau ada yg x tenang dekat socmed atau f2f ka mmg mcmni la prngai sis terima la seadanya. kalau ada yg x senang bolehh ja unfollow , simple. eh mcm retisss pulaa dibencii benciii ishh,” tulisnya.
Pengacara Nabil Ahmad tidak menafikan di dalam menjaga keharmonian, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan berdepan dengan ujian dan cabaran naik turun bahtera rumah tangga.
Bagaimanapun, kata Nabil, 39, setiap ujian yang datang itu berbeza-beza dan baginya, kesabaran dan tolak ansur menjadi antara faktor penting dalam mengekalkan institusi kekeluargaan.
“Ada ketika bila tengok kawan-kawan diuji dengan masalah rumah tangga, saya berdoa semoga Allah berikanlah kesabaran dalam diri isteriku. Manalah tahu kalau suatu hari dia tidak sabar, mahkamah dia pergi. Risau juga.
“Sebabnya saya tidak boleh menafikan di dalam layari bahtera rumah tangga, memang ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Jadi bagi saya untuk jaga keharmonian rumah tangga kena banyak bersabar. Pada masa sama jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan betul.
“Jujurnya saya yang perlu berikan tumpuan kepadanya lebih 100 peratus kerana di antara kami rasanya dia yang paling banyak bersabar. Dia yang paling banyak terima kekurangan dan dia banyak menasihati saya,” katanya kepada MH.
Hos Gegar Vaganza 9 itu ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi Pembukaan Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Ditanya mengenai keadaan semasa susulan konflik perkahwinan melibatkan beberapa rakan artis, Nabil mengambi pendirian mendoakan agar urusan mereka dipermudah.
“Saya cuba ambil iktibar terhadap apa sahaja yang berlaku ketika ini untuk muhasabah diri dan cuba menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Sebelum ini mungkin saya hanya ingat sudah kerja dan cari nafkah, yang selebihnya biarlah isteri yang lakukan.
“Namun melihat kepada situasi sekarang, saya cuba untuk buat perkara yang jarang saya lakukan sebelum ini. Misalnya bila balik kerja akan tanya isteri kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu dan sebagainya. Jadi sikap ambil berat dan peka itu lebih sikit.
“Apa pun bila mengenali beberapa rakan kita yang sedang diuji (masalah rumah tangga), saya tak mahu nak komen apa-apa. Sebaliknya lebih kepada mendoakan. Semoga mereka dapat lalui ujian ini dan dapat berbaik semula, insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, gedung baharu Jakel yang terletak hanya 200 meter dari lokasi lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran telah pun memulakan operasi jualannya.
Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.
“Premis baharu kami ini menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa selain ada disediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,”
“Apapun kami bersyukur kerana dengan izinNya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. Pembeli juga berpeluang dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya yang turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” katanya lagi.
Selain Nabil, aktor Aaron Aziz juga menjadi wajah wakilan bagi jenama ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio dan penyanyi, Haiza ada memuat naik sekeping gambar bersama dengan Allahyarhamah Mya Ruslee yang telah genap setahun kembali ke rahmatullah.
Menerusi entri berkenaan, penyanyi lagu Dag Dig Dug ini meluahkan rasa rindu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Matahari itu.
“Genap setahun pemergian Kak Mya..Banyak sahabat yang keluar dan masuk dalam hidup kita,tetapi hanya sahabat sejati yang meninggalkan jejak dalam hati.
“Miz u kak Alfatihah buat kakak 18 Mac 2020 #myamatahari #meyanalizaruslee,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah Mya yang sentiasa diingati selalu oleh peminat.
Imbas kembali, arwah Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Rusli telah meninggal dunia selepas menjalani rawatan penyakit kanser di China, pada 18 Mac tahun lalu.
Allahyarham sebelum ini sinonim menerusi nama komersial, Maya Matahari.
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat terharu atas sambutan peminat terhadap drama bersiri terbaru lakonannya, Cindai yang sudah pun bersiaran sejak minggu lalu.
Mendukung watak sebagai wanita bipolar bernama Cindai, penyanyi Better Than You ini turut menyifatkan wataknya kali ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibawa.
Katanya kepada MH, banyak rujukan dan fokus perlu diberikan, sementelah ia banyak melibatkan mainan jiwa dan dalaman demi menyelami peranan sebagai Cindai.
“Jujurnya ia antara watak yang agak sukar untuk saya bawakan setakat ini. Saya tidak hanya perlu menjadi Cindai yang sering dibuli, rasa tersisih dan sebagainya, tetapi juga perlu lalui satu fasa hidup yang berlainan pula pada zaman dewasanya.
“Jadi ia perlukan penjiwaan yang lebih tambahan lagi ia turut mengetengahkan isu bipolar yang saya rasa ia pernah terjadi kepada kebanyakan daripada kita. Malah ada di antaranya yang menghidapi gangguan ini tanpa sedar.
“Kesannya, lama-kelamaan ia akan jadi lebih teruk hingga mengancam nyawa andai tidak mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya.
Pada masa sama, Ayda turut mengakui dia banyak melakukan rujukan dengan menonton video selain membawa informasi mengenai gangguan bipolar.
“Ada ketikanya saya menonton video menerusi YouTube selain membaca mengenainya. Bila difahami, ia sebenarnya ada dalam diri kita tinggal lagi ia serius atau pun tidak.
“Malah dalam kehidupan sehari-hari pelbagai tekanan yang dialami secara tak langsung juga mampu memberikan gangguan terhadap emosi. Bergantung kepada individu itu untuk bijak tangani atau sebaliknya.
“Boleh dikatakan, perasaan ini adalah seperti derita dalam senyap. Kalau tidak dirawat atau dikawal tak mustahil individu yang alami masalah ini akan melakukan hal yang bukan-bukan, termasuk cabut nyawa sendiri,” jelasnya lagi.
Gangguan bipolar adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara.
Hal tersebut berlaku apabila wujudnya kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami seseorang individu.
Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Ia merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.
Sementara itu, drama yang bersiaran selama 15 episod ini ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Selain Ayda, Cindai turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Ross, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!