Memuat naik beberapa paparan skrin perbualan dia dan pengguna media sosial, bekas pelajar Akademi Fantasia 2015, Aziah kesal apabila menerima kecaman daripada individu tidak dikenali.
Pada mulanya wanita dari Sabah ini ditegur kerana dikatakan berkulit gelap, namun kritikan berlarutan sehingga menyentuh isu penampilan yang dikatakan buruk dan gedik.
“Mula2 chat dlu tegur skin org gelap, ingt mau promot prodak.. lepas tu harini tetibaa lagiii tegur org buruk, so sis akui la sdh mmg burukk, buat macamna sis org kata cantik sis trima kasih kalau buruk buat mcmna tuhan dah cipta kann.
“Cakap org gedikk laa,scrol2 malar nmpk muka sis ja nmpk beratus jgk followers muka sis jgk dia slalu nmpk, rezeki la tu sis .. mama org , isteri org tp sedih perangai.
“Hidup simple ja gaiss jgn complicated sgt benci2 org ka apa klu x bleh tgk kelebihan dan keburukan org kau buat rumah bawah tanah jauhi dari org biar hidup kau sorang jaa .. insyaAllah manatau tenang.
“Sorry, sis tak kembang dipuji, tidak tumbang jugak di bencii dan di caci.. maaf laa kalau ada yg x tenang dekat socmed atau f2f ka mmg mcmni la prngai sis terima la seadanya. kalau ada yg x senang bolehh ja unfollow , simple. eh mcm retisss pulaa dibencii benciii ishh,
Aziah atau Aziah Awang merupakan peserta ketiga tersingkir pada Konsert AF 2015 Minggu 5.
Prinsipnya mudah, jauhi perkara yang tidak disukai agar mulut tidak mengata.
Foto : Instagram Aziah