Sejak bergelar juara untuk program realiti nyayian Big Stage musim pertama, nama penyanyi Sarah Suhari semakin dikenali ramai dan diterima baik peminat.
Bagaimanapun, meski sarat dengan aktiviti nyanyian, bintang remaja ini akui dirinya turut menitik beratkan soal pendidikan dalam kehidupannya.
Penyanyi lagu Nyawa Dan Raga ini berkata dia mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
“Sejujurnya kalau ikutkan tahun lepas Sarah sambung belajar tapi disebabkan ada peluang yang lain datang dulu jadi Sarah kena ambil peluang datang awal.
“Kalau ikutkan Sarah akan sambung belajar dekat UiTM Seri Iskandar, Perak dalam jurusan Jurukur Bahan dan alhamdulillah, pemohonan saya diluluskan.
“Apapun, Sarah memang ada nak sambung belajar tapi disebabkan Sarah dapat peluang yang lain dulu dalam bidang nyanyian, jadi tangguh dahulu untuk sambung belajar dalam masa terdekat ni.
“Sarah kalau boleh nak fokus dulu dekat peluang sekarang yang ada ni,” kongsi Sarah bersama MH.
Penyanyi berusia 19 tahun itu ditemui di Vogue Lounge, Menara Suezcap, Kuala Lumpur bersempena Anugerah Instafamous 2019 baru-baru ini.