HomeBerita“Memang Saya Akan Kenakan Tindakan Undang-Undang,” – Janna Nick Mohon Maaf Isu...
“Memang Saya Akan Kenakan Tindakan Undang-Undang,” – Janna Nick Mohon Maaf Isu ‘Lisa Blackpig’, Individu Mulakan Provokasi, Buat Ugutan Jenayah Kini Diburu
Pelakon dan hos, Janna Nick memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang memulakan provoksi apabila kembali berkongsi semula video lama yang mengaitkan dirinya dengan kematian anggota kumpulan SHINee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2018.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner pada masa sama turut tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tergores hati dengan kapsyen ‘Lisa Blackpig’ yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi produksi miliknya, baru-baru ini.
Perkara tersebut buat pelakon berusia 26 tahun itu menerusi sidang media khas yang dilangsungkan secara virtual hari ini.
“Apa yang boleh saya katakan mengenai isu video tular tersebut, kita telah ambil tindakan yang serius, masih dalam siasatan.
“Dan memang saya akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang telah memulakan provokasi dan memulakan fitnah terhadap saya.
“Untuk isu Lisa Blackpig, saya sebagai pengarah dan produser untuk telefilem Delen, mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati, terguris hati akan kapsyen tersebut,” katanya lagi.
Ads
Hadir sama pada sidang media itu ialah peguam yang mewakili Janna, Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates yang antara lain turut memberi penjelasan terhadap isu tular serta fitnah yang dilempatkan, selain tindakan undang-undang yang bakal diambil pelakon terbabit.
Ben berkata, laporan polis sudah dibuat termasuk aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu yang masih lagi dalam siasatan lanjut.
“Anak guam saya akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang menularkan semula video mendakwa dia mempersenda kematian seorang bintang K-Pop pada 2017 lalu.
Ads
“Sebelum ini, Janna juga sudah memberi penjelasan dan memohon maaf mengenainya, namun ditularkan semula di media sosial sehingga anak guam saya menerima pelbagai kecaman.
“Menerusi insiden berlaku ini, Janna menerima beberapa ugutan jenayah, ugutan bunuh, fitnah dan dakwaan palsu yang memerlukan tindakan serius diambil untuk keselamatan,” tegasnya.
Bagaimanapun, Janna dan pihak peguam tidak mahu mengulas lanjut kerana kes terbabit masih dalam proses siasatan.
Ads
Isnin lalu, Janna dalam kenyataannya menjelaskan sudah membuat laporan polis dan SKMM serta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah, ugutan dan komen keterlaluan terhadapnya.
Janna turut menafikan dia menggelar atau menyamakan Lisa BLACKPINK sebagai Lisa BLACKPIG.
“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai Lisa BLACKPIG adalah terpesong sama sekali.
“Sebagai seorang individu yang juga meminati budaya Korea Selatan dari segi industri hiburan, budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan pelancongan, tohmahan terhadap saya adalah sangat tidak berasas,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.
Selain itu, Janna menjelaskan dia tidak pernah sama sekali mempersenda kematian penyanyi Korea Selatan, Kim Jong-hyun pada 2017 sebagaimana yang didakwa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Eksekutif drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu?, Datuk Saniboey Mohd Ismail memuji tahap profesionalisme pelakon utamanya, Zahirah Macwilson yang sanggup melakukan sesuatu yang tidak disukainya demi memenuhi tuntutan watak.
Menurut Saniboey, Zahirah sanggup melakonkan adegan merokok walaupun dirinya merupakan seorang yang sangat membenci perbuatan tersebut.
Katanya lagi, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Redza ini juga melakonkan babak tersebut dengan sangat bersahaja tanpa terlihat kekok.
Zahira Macwilson ni antirokok tapi demi wataknya dalam Metro Crime Series, dia buat aku sendiri percaya yang dia perokok. Amazing actress. Salute. #metrocrimeseriespic.twitter.com/OzGxr9KBOM
“Zahira Macwilson ni antirokok tapi demi wataknya dalam Metro Crime Series, dia buat aku sendiri percaya yang dia perokok.
“Pelakon wanita yang sangat hebat. Salute,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Saniboey menerusi sebuah hantaran di aplikasi X.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Zahirah di dalam drama itu.
“Episod semalam Zahirah buat O pun effortless. Baru tahu dia non smoker.
“Terima kasih kerana berkongsi fakta. Tadi tengok scene Zahirah merokok, terkejut beruk jugalah macam tak percaya la dia merokok.
“Harap besar lah payment dia dapat sebab terpaksa gadaikan paru-paru.
“Gaya itu ada. Power,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada kisah wartawan sebuah akhbar tempatan yang ingin membuat liputan kes jenayah berprofil tinggi.
Selain Zahirah, drama yang ditayangkan di slot Lestari, TV3 ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Aloy Paradoks, Nia Atasha, Wan Raja dan Chew King Wah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: X Saniboey Mohd Ismail & Instagram Zahirah Macwilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Shima Anuar ada berkongsi sekeping foto yang menperlihatkan perbezaan berat badannya sewaktu mengandungkan anak pertama dan kedua.
Kedua-dua foto tersebut diambil ketika usia kandungan mencecah 32 minggu. Lalu, menerusi ruangan kapsyen, bintang Highland Towers itu meminta peminat untuk berkongsi apa yang ingin disampaikannya.
“Maksudnya apa..? Sila comment mitos, fengsui, ramalan anda dibawah. Kita lihat siapa yg kena,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan tanda palang #justforfun #janganserioussangat.
Pelakon Ikmal Amry memberitahu dia memilih untuk menyertai program realiti, Maskulin: Who’s Your Bro bagi menepis ‘stereotaip’ dirinya hanya sesuai berlakon watak romeo romantik sahaja.
Ikmal Amri atau nama sebenarnya, Mohd ZulIkmal Amri Ghazali, 30, juga menyifatkan penyertaannya dalam program realiti berkenaan sebagai satu peluang besar untuk menyerlahkan kelebihan dari segi fizikal.
“Ini adalah salah satu sebab terbesar saya masuk dan sepanjang sepuluh tahun dalam industri, mungkin kebanyakan orang tidak nampak yang saya sebenarnya juga boleh pegang watak aksi.
“Jujurnya, tawaran untuk watak lasak juga saya tidak ada. Mungkin sebab ada yang menganggap saya sebagai pelakon lebih sesuai untuk watak romantik semata-mata.
“Jadi apabila ada platform program realiti yang memerlukan kita fokus terhadap kecergasan, saya terus ambil peluang,” katanya kepada MH.
Bapa kepada dua cahaya mata ini berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media dan perkenalan barisan peserta program realiti Maskulin : Who’s Your Bro di Bukit Jalil, pada Selasa.
Finalis Hero Remaja 2017 ini menambah, dia cuma mengambil masa tiga bulan untuk melakukan persiapan sebelum menyertai program realiti terbaharu ini.
“Sebenarnya tidak lama, tiga bulan sahaja sebab lepas habis penggambaran, badan saya susut dan berat saya ketika itu cuma 60 Kilogram.
“Saya teruskan rutin kecergasan dan kebetulan dapat tawaran untuk sertai pertandingan ini. Malah saya rasa, keadaan kecergasan fizikal saya juga ideal dan boleh bertanding,” katanya lagi.
Ikmal juga bertuah apabila isterinya, Najla Shamsul menyokong penuh penyertaannya ke Maskulin: Who’s Your Bro.
“Dia menyokong apa-apa yang saya pilih untuk buat. Kemudian, dalam masa tiga bulan berlatih, dia juga yang menyediakan menu makanan diet untuk saya.
“Malah dia jugalah yang akan kejutkan saya bangun pagi untuk joging. Dia seorang yang supportive, termasuk ketika saya ada penggambaran,” katanya.
Tidak mahu terlalu meletakkan harapan untuk bergelar juara, bintang drama From Saga With Love ini hanya mahu mengubah persepsi bahawa dia juga pelakon versatil.
Selain Ikmal, 11 lagi barisan peserta telah pun diumumkan sekaligus akan bersaing selama 10 episod bagi merebut gelaran juara Maskulin : Who’s Your Bro yang pertama.
Program ini bakal bersiaran bermula 29 November depan, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Selepas selesai menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai undangan di Era FM, pengacara dan personaliti versatil, Sharifah Shahirah kini sah sebagai penyampai baharu di stesen radio Sinar FM.