Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dirinya tidak pernah mempunyai waktu bersendiri atau ‘me time’ kerana menyifatkan perkara tersebut sebagai bukan keperluan.
Jelas Rita, dia lebih rela menggunakan waktu yang terluang untuk dihabiskan bersama anak-anak.
“Me time? Memang tak pernah ada dan tak kisah pon. Bagi sistur, me time adalah time dengan anak-anak,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sebagai ibu, fokus hidupnya hanyalah mengenai kebahagiaan keluarga serta kerjaya yang dimiliki dan dia jelas gembira dengan perkara tersebut.
Ads
“Hidup sisturr, kerja-rumah-keja-rumah. Sisturr happy dan bersyukur. Sisturr tak minta mewah. Tak sesuai dengan hidup sisturr. Cuma mintak sihat tubuh badan dan bahagia di samping anak-anak yang soleh,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Rita turut berharap agar dirinya terus diberikan kesihatan yang baik untuk sentiasa berada disamping anak-anaknya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan anak-anak Rita sebagai beruntung kerana dikurniakan ibu yang sangat penyanyang dan juga perihatin.
Ads
Terdahulu, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.
Bagaimanapun, mereka berpisah kira-kira lima tahun selepas itu dan hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang masing-masing berusia 12 dan 10 tahun.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas melangsungkan majlis pernikahan pada tanggal 23 Jun lalu, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah kini sedang menikmati percutian bulan madu mereka di Pulau Langkawi, Kedah.
Pasangan pengantin baharu ini juga turut berkongsi momen-momen indah ketika di pulau tersebut buat tatapan para pengikut mereka di media sosial.
Malah, menerusi satu perkongsian di laman Instagram pada pagi Isnin, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad akui teruja apabila dapat bermain sukan kegemarannya, golf bersama isteri tercinta buat pertama kalinya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas ada beberapa pihak yang mendakwa ini bukan kali pertama Shuib dan Watie meluangkan masa bermain golf bersama.
Malah, ada juga suara-suara nakal yang mengatakan mereka pernah melihat Shuib bermain golf bersama Watie sebelum arwah isterinya, Siti Sarah meninggal dunia.
Lantaran itu, menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories, Shuib menafikan dakwaan tersebut selain turut menyifatkan ia bersifat fitnah.
“Assalamualaikum, saya sengaja buat kapsyen ‘buat pertama kali’ itu sebab memang pertama kali saya bermain golf dengan Watie.
“Jadi, kepada yang komen seakan macam tahu, tanggunglah dosa-dosa itu ye. Memang tidak ada dan inilah kali pertama kami bermain golf,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani turut mempertahan anaknya itu daripada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
“Ya, mama tahu. Masa arwah masih ada, belum pernah sekali pun Manja (Watie) bermain golf dengan Shuib. Inilah baru nampak selepas sah bernikah,” katanya di ruangan komen.
Sementara itu, melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sikap segelintir pihak yang iri hati dengan kebahagiaan Shuib selepas mendirikan rumah tangga dengan Watie.
“Korang yang komen ni pun, janganlah mengecilkan hati. Anak-anak dia boleh baca ya. Hati-hati.
“Yang tidak sokong itu, mungkin diorang mahu Shuib terus bersedih dan murung. Come on, orang kahwin kot. Benda baik. Tak fahamlah dengan perangai toksik ini. Benda baik pun dibenci.
“Dia berkahwin dengan sesiapa pun itu urusan hidup dia. Sesiapa pun dia pilih, itu pilihan dia dan takdir Allah untuk dia. Bukan curang. Dia kahwin selepas kematian isteri. Famili juga restu dengan pilihan dia. Cukup-cukuplah mengecam.
“Hati-hati bila berkata. Segala yang kita taip akan ditanya di akhirat. Menegur jangan sampai menghina. Moga kita semua terpelihara,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Subang Jaya.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada berkongsi satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Micheal telah meluahkan rasa marah kepada semua pengguna media sosial yang gemar berkongsi masalah peribadi di laman media sosial.
Menurut pengarah yang berusia 43 tahun itu berkata kita sebagai pengguna media sosial tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian.
“Assalamualaikum semua okey aku dah tak boleh tahan dah aku kena juga buat video ni aku tak faham engkau orang semua ni,
“Engkau nak cerai cakap dalam Instagram lah dalam Twittter lah kau bergaduh dengan nenek bapa korang pukul pun nak letak kat Instagram lah.
“Engkau letak gambar-gambar bogel ko kat Instagram dah kenapa ? Tak ada kerja lain ke ? Kalau kau nak bergaduh, engkau cari orang tu kalau keluar dengan orang tu bersemuka bergaduh.
“Tak payah nak bagi tahu satu dunia yang ko bergaduh
“Engkau orang lepas tu mulalah kata buka aib orang, tuhan tutup aib engkau lah apa lah,”katanya.
Dalam pada itu, Michael juga memberi nasihat kepada semua pengguna media sosial untuk tidak lagi berkongsi perkara yang terlampau peribadi di laman media sosial.
“Nak gaduh gentleman lah pergilah cari orang tu berbual tak payah bagitahu satu dunia kau nak cerai pun cerailah betul-betul cerailah depan bini kau tak payah kau cerai kat Instagram ke, Whatsapp ke,
“Tak ada kerja lain ke korang? Semua ko nak bagitahu satu dunia tahu dan lepas tu nak minta simpati minta sokongan,”katanya dalam rakaman video tersebut.
“Kecundang jua hero kami. Bukan covid ya. Rehydrate, kepenatan, keletihan. Selalunya kami yang sakit, dia yang gagah. Tak pernah aku lihat dia di atas katil hospital.
“Time nak cucuk air pon dia masih tanya, boleh ambil wudukkah kalau cucuk masuk air ni. Boleh B. Pedih pon sikit je lah. Kita tayamum. Doakan hero kami sehat cepat,” tulisnya.
Khabar tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam posting berasingan, Shafeeqa turut menyifatkan sakit ini merupakan petanda daripada Allah SWT agar suaminya itu dapat berehat secukupnya dan tidak memikirkan mengenai soal kerja buat sementara waktu.
“Salam subuh. Allah tahu kau strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap. Takpe b, jangan risau. Ada lagi rezeki lain. Suami, orang paling gagah dalam rumah tangga. Kalau sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki.
“Sayu tengok muka suami. Syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang serius. Kalau sakit jangan biarkan lama-lama. Teruslah pergi hospital.
“Kadang-kadang suami ni pura-pura sihat, tak nak kita ni risau. Atu ni rajin tapi dah sampai limit dah kekuatan badan tu. Tak boleh nak buat apa-apa terus,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa semoga Atu lekas sembuh dan dapat kembali bekerja semula seperti biasa.
Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga merupakan pereka fesyen pada tanggal 8 Februari 2016 dan kini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!