Berkongsi pengalaman melalui kawasan sempadan Israel untuk memasuki Palestin, jelas Fedtri Yahya bukan mudah mendapat pelepasan meski visa sudah berada di dalam tangan.

Maklumnya di ruang komen, disebabkan Palestin tiada lapangan terbang atau jabatan Imigresen dan dikawal sepenuhnya Israel, setiap pengunjung wajib melepasi sempadan Israel terlebih dahulu.

“Memang Yahudi Betul Harganya,” – Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Di Israel, Bukan Mudah Dapat Visa!

Lalu, Fedtri ada berkongsi foto beberapa keping duit mata wang Shekel, merupakan duit ‘Yahudi’ hasil sumbangan aktiviti masjid di Palestin.

“Kepada yang tak biasa tengok. Ini mata wang yang digunakan di Israel & Palestin. 1 Shekel = RM1.20. Selalu orang sebut ‘harga Yahudi’ kan?

Ads

“Hah, bila masuk negara haram ni, maka dapatlah merasa maksud frasa tu. Memang yahudi betul harganya.

“Duit ni sumbangan rakan-rakan untuk aktiviti masjid di Palestin ( sukarelawan masak dan agihkan kepada jemaah yang memerlukan). Dilakukan hampir setiap hari,” tulisnya.

Tambahnya lagi, setiap yang beragama Islam haruslah saling membantu, bukannya hanya mengkritik bantuan yang diberikan.

Ads

“Memang pelik bila ada orang Islam yang tak suka Palestin. “Biarlah diorg, kita tak payah sibuk-sibuk”. Spesies ni ada di sekeliling + di alam maya. Palestin berlainan negara namun dalam konteks aqidah – kita satu negara.

“Kota Suci ketiga umat Islam ada di situ. Jadi ada peranan kita sebagai Muslim. Daripada memekak tak buat apa, baiklah membantu. Kalau tak mahu membantu, jangan halang orang lain untuk berbuat baik,” jelasnya lagi.

Ads

View this post on Instagram

Kepada yang tak biasa tengok. Ini mata wang yang digunakan di Israel & Palestin. 1 Shekel = RM1.20. Selalu orang sebut ‘harga Yahudi’ kan? 😎 Hah, bila masuk negara haram ni, maka dapatlah merasa maksud frasa tu. Memang yahudi betul harganya 😂😡 Duit ni sumbangan rakan-rakan untuk aktiviti masjid di Palestin ( sukarelawan masak dan agihkan kepada jemaah yang memerlukan). Dilakukan hampir setiap hari. . Memang pelik bila ada orang Islam yang tak suka Palestin. “Biarlah diorg, kita tak payah sibuk-sibuk”. Spesies ni ada di sekeliling + di alam maya. Palestin berlainan negara namun dalam konteks aqidah – kita satu negara. Kota Suci ketiga umat Islam ada di situ. Jadi ada peranan kita sebagai Muslim. Daripada memekak tak buat apa, baiklah membantu. Kalau tak mahu membantu, jangan halang orang lain untuk berbuat baik.

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Di ruang komen, pengacara popular ini turut memberi reaksi setiap persoalan netizen.

“Memang Yahudi Betul Harganya,” – Fedtri Yahya Kongsi Pengalaman Di Israel, Bukan Mudah Dapat Visa!

Foto : Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI