Anggota kumpulan Forteen, Ameerais Azhar telah berkongsi berita gembira apabila isteri tercinta telah selamat melahirkan anak keduanya, pada jam 7.52 pagi tadi secara normal.

Ameerais atau lebih mesra dengan panggilan Ameer berkongsi khabar gembira itu menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

“Bissmilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah… Kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

“Putera kedua kami telah selamat dilahirkan pada hari selasa, 2 March 2021 bersamaan dengan 18 Rejab 1442 Hijrah pada jam 7.52 pagi tadi secara normal. Seberat 3.77kg,” tulisnya.

Di samping itu, Ameer menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Ads

“Doakan semoga ibu & baby sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan.Terima kasih atas titipan doa dari kalian. Semoga doa yang baik2 berbalik pada kalian juga.

“Insya Allah… Aamiin Yrb Welcome to the world #BabyN #FatherOfTwoBoys #NoahDahBigBro,” tulisnya lagi.

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah kepada Ameer.

“Memanjat Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi,” – Isteri Ameer Forteen Selamat Bersalin Secara Normal “Memanjat Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi,” – Isteri Ameer Forteen Selamat Bersalin Secara Normal “Memanjat Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi,” – Isteri Ameer Forteen Selamat Bersalin Secara Normal

Ads

Sekadar informasi, Ameer mendirikan rumah tanga bersama Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar pada 1 Mac 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Eusoff, setahun.

“Memanjat Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi,” – Isteri Ameer Forteen Selamat Bersalin Secara Normal “Memanjat Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi,” – Isteri Ameer Forteen Selamat Bersalin Secara Normal

Foto: Instagram Ameerais Azhar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI