Pelakon popular, Remy Ishak teruja apabila bertemu dan swafoto bersama idolanya, Datuk Jamal Abdillah baru-baru ini.

Malah, bintang filem Sangkar itu juga tidak menyangka bahawa penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir terlebih dulu menegurnya.

“Idola sepanjang zaman! terserempak dengan Dato’ Jamal Abdillah waktu nak ke interview & promosi @dendam_pontianak di MHI @tv3malaysia & @koolfmmy pagi tadi.

“Terharu sungguh saya bila idola ni jerit panggil nama saya dari jauh! “REMY…!!! SANGKAR!!”- laung beliau dari jauh! perghhh!!

IKLAN

“Terima kasih Dato’ sebab noticed saya dalam dunia seni ni.

“Saya memang membesar dgn lagu2 nyanyian Dato’ sejak kecil, suara saya pun sebijik macam Dato’ kalau saya menyanyi, agak2 boleh tak kita berduet satu hari nanti Dato,” tulis Remy.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, netizen turut meninggalkan komen pelbagai.

IKLAN

“Membesar Dengan Lagu-Lagu Datuk,”-Remy Ishak Teruja Bila Jamal Abdillah Jerit Nama, Seloroh Mahu Nyanyi Duet! “Membesar Dengan Lagu-Lagu Datuk,”-Remy Ishak Teruja Bila Jamal Abdillah Jerit Nama, Seloroh Mahu Nyanyi Duet! “Membesar Dengan Lagu-Lagu Datuk,”-Remy Ishak Teruja Bila Jamal Abdillah Jerit Nama, Seloroh Mahu Nyanyi Duet!

Nyata, masing-masing mempunyai aura hebat tersendiri baik dari segi nyanyian dan lakonan.

Foto: Instagram Remy Ishak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI