Pelakon, Faezah Elai meluahkan rasa terharu selepas mengetahui banyak pihak sebenarnya yang terinspirasi dengan cara penampilannya.

Ramai di antara mereka yang suka melihat pelakon tersebut yang mengenakan pakaian longgar serta tudung yang labuh bagi menutupi bahagian dadanya itu.

Menurut Faezah, dia sendiri tidak menyangka bahawa penampilannya itu kini menjadi ikutan ramai wanita di luar sana.

View this post on Instagram

Ya Allah.. seriously u gais really follow the way i dress?? There’s no words for me to describe how I feel after reading all of ur comments.. Thank you for all the wishes.. Alhamdulillah.. Let’s do this!! Istiqomah sama2!! 🥰🥰 Love you Gais much2 😘 (Swipe Left) . Posted @withregram • @properhijab HAPPY BIRTHDAY PUAN FAEZAH ELAI ❤️ _ Seseorang yang bernama Faezah Elai, nampak seperti influencer yang biasa2, tapi sebenarnya luar biasa. Kami di Proper Hijab menyaksikan sendiri betapa ramainya yang mula berubah ke tudung labuh asbab Faezah Elai. _ Mungkin biasa bagi org lain tapi luar biasa bagi kami. Betapa banyak nya pahala berterusan yang mengalir buat dia. Cara dakwah setiap manusia berbeza2. Ini lah dakwah seorang Faezah Elai. Membuat kan lebih ramai berani bertudung labuh. _ Tak perlu tunggu perfect, tak perlu tunggu nanti. Bila kita buka hati untuk sarung tudung labuh, sedikit sebanyak hati kita mula mencari Allah. Sedikit demi sedikit mula untuk tutup dengn sempurna. _ Terima kasih Faezah Elai. Kerana mu ramai sangat2 dah tak pandang pelik tudung labuh. Ramai dah makin yakin bertudung labuh. Sampai jadi fenomena. Subhanallah. Sesungguhnya kami cemburu, banyak sangat pahala untuk susuk yang bernama Faezah Elai. _ Selamat hari lahir Puan Faezah Elai. Semoga diberi kan umur yang berkat, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat serta diberikan ganjarang syurga tertinggi. We love you ❤️ _ Ikhlas dari Azie & Team Proper Hijab. _ Siapa yang start pakai tudung labuh asbab Faezah Elai🙋🏼‍♀️🙋🏼‍♀️ . #Thankyouproperhijab #alhamdulillah #feelingblessed #faezahelai #lovelovelove

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

“Ya Allah, seriously you guys really follow the way i dress?

Ads

“There’s no words for me to describe how I feel after reading all of ur comments.

“Thank you for all the wishes. Alhamdulillah. Let’s do this! Istiqomah sama-sama! Love you guys so much,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada lima orang cahaya mata itu menerusi akaun Instgram miliknya.

Ads

Ia susulan selepas sebuah syarikat jenama tudung memuat naik sebuah posting khas sempena sambutan hari kelahiran Faezah yang ke-38 tahun baru-baru ini.

Menurut pengendali akaun tersebut, Faezah telah menjadi pencetus semangat kepada para wanita di luar sana untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Ads

Malah, mereka turut menyifatkan teladan yang telah ditunjukkan oleh Faezah menyebabkan orang ramai kini lebih berani untuk mengenakan tudung labuh.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Faezah selain turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang tersebut.

“Membuatkan Lebih Ramai Berani Bertudung Labuh,”- Penampilan Sopan Jadi Ikutan, Faezah Elai Terharu “Membuatkan Lebih Ramai Berani Bertudung Labuh,”- Penampilan Sopan Jadi Ikutan, Faezah Elai Terharu

Sumber: Faezah Elai

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI