Pelakon, Faezah Elai meluahkan rasa terharu selepas mengetahui banyak pihak sebenarnya yang terinspirasi dengan cara penampilannya.
Ramai di antara mereka yang suka melihat pelakon tersebut yang mengenakan pakaian longgar serta tudung yang labuh bagi menutupi bahagian dadanya itu.
Menurut Faezah, dia sendiri tidak menyangka bahawa penampilannya itu kini menjadi ikutan ramai wanita di luar sana.
“Ya Allah, seriously you guys really follow the way i dress?
“There’s no words for me to describe how I feel after reading all of ur comments.
“Thank you for all the wishes. Alhamdulillah. Let’s do this! Istiqomah sama-sama! Love you guys so much,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada lima orang cahaya mata itu menerusi akaun Instgram miliknya.
Ia susulan selepas sebuah syarikat jenama tudung memuat naik sebuah posting khas sempena sambutan hari kelahiran Faezah yang ke-38 tahun baru-baru ini.
Menurut pengendali akaun tersebut, Faezah telah menjadi pencetus semangat kepada para wanita di luar sana untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Malah, mereka turut menyifatkan teladan yang telah ditunjukkan oleh Faezah menyebabkan orang ramai kini lebih berani untuk mengenakan tudung labuh.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Faezah selain turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang tersebut.
Sumber: Faezah Elai