Pelakon dan penyanyi yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang, Rasimah Zaharah tiga hari lalu menitipkan rasa sedih memandangkan dua insan yang paling bermakna dalam hidupnya kini sudah tiada.
Linda memuat naik posting berkenaan sehari lalu.
“Al-Fatihah…Dua insan istimewa dlm hidup ini telah pergi Selang 4tahun je??? Tenang laa mak n Memen Di Syurga allah .. Memen jaga Mak kat Syurga ok tunggu mama pulak ke sana nanti insyaallah sygg .. Al-Fatihah Rezaimen keiflin bin azlinda 7/5/2014 dan Rasimah binti zaharah 11/1/2019,”
Rezaimen Keiflin atau lebih dikenali sebagai Memen merupakan anaknya hasil perkahwinan dengan pelumba dan usahawan, Keifli Othaman. Memen meninggal dunia setelah menderita kanser perut.
Ads
Sementara ibu Linda pun pergi mengadap Ilahi pada Jumaat lalu setelah mengalami beberapa komplikasi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA).
Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar mendedahkan dia sudah lengkap dua dos vaksinasi jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu.
Menurut Ellie, keputusan untuk melengkapkan dua dos vaksinasi adalah kerana menghormati permintaan suaminya, pelakon Azri Iskandar.
“Saya bukan seorang antivaksin. Saya ambil vaksin lain seperti BCG, polio dan sebagainya. Mengenai vaksin Covid-19, saya cuma suarakan pendapat saya. Tak salah untuk saya suarakan pendapat.
“Saya sudah menerima dua dos vaksin jenis Sinovac. Saya ambil vaksin kerana suami. Azri sudah bagi saya masa selama dua tahun untuk saya bersuara mengenai vaksin dan wabak ini serta menyokong saya.
“Jadi apabila suami memberikan arahan, saya mengikutinya kerana saya respek suami saya. Memang ‘berperang’ kejap, tapi dia suami saya, saya kena ikut cakap dia atas rasa hormat. Anak saya juga sudah mendapatkan vaksin.
“Sebab utama saya adalah kerana suami. Apa-apa yang terjadi, dia akan tanggung. Kedua, dia juga tahu saya sayangkan industri seni. Dia tahu saya sedih jika saya tak dapat bekerja dalam dunia seni, jadi saya menurut kata suami,” katanya.
Pengarah filem Penanggal ini ditemui di majlis pelancaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali di The Majapahit, Mont Kiara sebentar tadi.
Ellie dilantik sebagai jurulatih lakonan untuk karya yang dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin, Nabila Huda dan Scha Alyahya itu.
“Ini adalah kerjasama kelima dengan Osman. Sebelum ini, saya pernah jadi ‘acting coach’ untuk filem Ombak Rindu, Pilot Cafe, Kau Yang Satu dan Langsuir.
“Saya baru sahaja balik dari Sarawak menjadi ‘acting coach’ untuk teater Puteri Santubong. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kini saya memberikan fokus untuk filen Telaga Suriram.
“Saya teruja kerana ramai pelakon filem ini merupakan pelakon yang pernah memenangi anugerah terbaik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri kesal dengan sikap pembantu rumahnya yang selama ini dianggap baik namun rupa-rupanya hanya bertopengkan agama.
Thalia berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu perkara sebenar pembantu rumah yang dipanggil Bibik Elly tidak berlaku jujur meski dilayan seperti keluarga sendiri.
Malah Thalia turut mendakwa anak bongsunya pernah dilayan dengan teruk misalnya membiarkan kanak-kanak itu berbau hancing dan bermain dengan air tandas.
“Pada awalnya, saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sebab dia sangat baik dan difahamkan dia tidak pernah tinggal solat Dhuha.
“Bagaimanapun semuanya terbongkar apabila mesej bersama teman lelakinya telah dikirimkan oleh individu berkenaan.
“Bila saya tanya dia menafikan, tapi bukti jelas apabila kami menerima mesej yang dia kirimkan kepada kekasihnya dan memaki hamun kami termasuk mendoakan saya dan anak saya mampus,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Thalia menerusi satu sesi ‘TikTok live’ baru-baru ini dan beberapa sedutan mengenai pendedahan berkenaan turut dikongsikan kembali warganet.
Thalia yang pernah bergelar pelakon itu menambah, selepas ia terbongkar segala kebenaran mengenai bibik Elly turut sampai ke pengetahuannya dan suami melalui dua lagi pembantu rumah.
“Saya memang hairan sebelum ini, sebab anak berbau busuk setiap kali saya balik kerja, malah badannya juga penuh dengan luka. Tapi bila tanya dia, siap sumpah dengan nama Allah dia jaga anak dengan baik.
“Rupa-rupanya anak saya sudah beberapa kali jatuh dan dibiarkan sendirian tanpa dibersihkan, bibik lain pula tidak berani dengan dia kerana dia sudah lebih setahun berkhidmat dengan saya.
“Saya memang tidak pernah syak sebab bila dia sebut Allah, saya fikir takkan dia tergamak main nama Allah,” katanya lagi.
Malah, Thalia mendakwa pembantu rumah berkenaan juga didapati leka bermain cinta dengan lelaki senegara yang kononnya bekerja sebagai juruterbang.
Dedahnya, pembantu rumah yang berusia lewat 40-an itu terbuai dengan cinta lelaki berkenaan sehingga sanggup mengabaikan tugas hariannya.
“Saya difahamkan dia bercinta dengan pilot dan yang kelakarnya dia berhabis duit untuk lelaki itu. Saya tidak mahu masuk campur cuma bila sampai tugas terabai dan anak saya jadi mangsa memang saya tidak boleh terima.
“Malah bila kita panggil untuk bersemuka pun dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan serta tiada langsung ucapan maaf yang keluar dari mulut,” katanya.
Susulan insiden yang berlaku, Thalia dan suaminya, Datuk Shahriza Amir mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya serta merta.
“Saya sendiri hilang kata-kata dengan sikap bibik berkenaan, tak apalah tiada rezeki dia bekerja dengan saya.
“Yang penting kita dah pulangan pada agen dan keselamatan anak kami terjamin,” katanya yang serik dengan kejadian itu sehingga ragu-ragu untuk memilih pembantu rumah baharu.
Tahniah diucapkan buat pelakon Datin Elvina Mohamad yang selamat bersalin cahaya mata kedua, Ean Maleeq di sebuah pusat perubatan di Damansara, Selangor pada 20 April lalu.
Berkongsikan gambar hari lebaran di laman Instagram miliknya, Elvina yang bergaya sedondon rona biru muda gembira dengan kedatangan ahli baharu sekali gus memeriahkan lagi sambutan 1 Syawal mereka sekeluarga.
Menariknya, Elvina atau nama sebenar, Norzalina Mohamad, 28, menyatakan Maleeq lahir awal seminggu dari tarikh jangkaan dia sepatutnya bersalin pada minggu hadapan.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga.
“Tahun ini dapat raya berempat sebab baby Maleeq nak juga keluar before raya walaupun EDD (tarikh jangkaan bersalin) lagi seminggu,” tulisnya.
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.