Memey Suhaiza Tiba-Tiba Terfikir Fasal Mak Waktu Sahur – “Tanpa Keredhaan Doa Ibu, Entah Kita Di Mana Hari Ini?”

Share

Tidak dapat dinafikan, doa seorang ibu merupakan azimat dan doa yang terbaik kepada kejayaan anak di dunia mahupun di akhirat.

Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza ada menitipkan kata nasihat kepada pengikutnya.

Di samping meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menasihati agar orang ramai untuk sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.

“Alahai… rindu mak Jauh di mata selalu dihati Posted @withregram • @telekunghiqmah Doa Ibu Itu Ikhlas. Suci Tanpa Sedikitpun Cemburu Akan Dirimu

“Pagi tadi sambil sahur, tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Macam manalah keadaan kita ini yang berjaya ini tanpa azimat dari Ibu.

“Siapalah kita yang menjadi orang besar ini tanpa sentuhan seorang Ibu. Tanpa keredhaan Doa ibu entah kita dimana hari ini?

“Jom kita bersunyi sebentar di Subuh hari sementara menunggu mentari terbit mengenang tangisan doa ibu yang kita tak nampak. Yang dimana dia tahu dia tidak sebijak anak yang dilahirkan ini. Tetapi dia senyap-senyap berdoa untuk kejayaan dunia dan akhirat kita.

“Kepada yang masih ada ibu, Ucapkan terima kasih atas doa-doa mereka. Tanpa mereka siapa kita ini.Bagi yang tidak lagi punya ibu, Al-Fatihah dan amal soleh adalah sebaik-baik sedekah dari anak yang soleh dan solehah.#TelekungHiqmah #PastiAdaHiqmah,” tulisnya.

Sekadar informasi, Memey mendirikan rumah tangga bersama pelakon Norman Hakim pada 24 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Foto: Instagram Memey Suhaiza

Published by
Nazar Rafiqhi