Tular di laman sosial seorang graduan Universiti Malaysia Terengganu, Muhammad Fahim Shamsudin yang memilih untuk berada di majlis pengebumian ibu walaupun telah berada di Terengganu untuk menghadiri konvokesyen ijazah.

Jelas Zul Huzaimy dia memahami kepedihan yang dirasai remaja ini dan menyifatkan inilah tindakan hero sebenar.

Pelakon ini turut berkongsi kisah tersebut di laman sosial miliknya.

“Awak betul2 HERO brader. Saya dapat rasa apa yang awak rasa.

“Saya pun pernah tak ada rezeki untuk naik pentas konvo tapi awak memilih untuk tidak naik atas alasan menguruskan jenazah ibu. SALUTE, RESPECT, Posted @withrepost.

“@sinar_my Segulung Ijazah, Sekujur Jasad Ibu… Bagaimana mahu mengambil keputusan – antara hadir konvokesyen ijazah pertama atau hadir sebuah majlis pengkebumian.

“Itulah yang di alami graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Muhammad Fahim Shamsudin yang sewajarnya bergraduat dalam sesi Konvokesyen UMT hari ini terpaksa memilih untuk berada di atas pentas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) atau menyempurnakan majlis pengkebumian ibunya yang meninggal dunia 12.20 malam tadi akibat kompilasi darah tinggi dan kencing manis.

IKLAN

“Lebih menyedihkan kerana arwah sudah berada di Terengganu dan sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Fahim sempat menyarungkan jubah konvo kepada ayahnya dan hanya sempat menunjukan kepada ibunya.

“Antara pilihan hadir majlis konvokesyen yang mungkin sekali seumur hidupnya, Fahim lebih yakin memilih untuk menyempurnakan majlis pengkebumian ‘cinta hatinya’ yang juga sekali seumur hidup,” kongsinya.

Lebih memilukan, keadaan ayah remaja lelaki ini turut uzur dan sekeping foto dia mengendong ayah jelas menunjukkan tanggungjawab yang berada di bahu.

“Pada tika melihat dia mengendong ayahnya yang uzur, fahamlah saya bahawa anak muda ini bukan calang-calang anak. Nampak segala tanggungjawab akan terbeban di bahunya. Berat namun dia mampu. Dengan keyakinan dia memilih ‘cinta hatinya’ melebihi segulung ijazah – dia akan berjaya dengan segala restu.

“Walaupun UMT menawarkan untuk beliau boleh memilih untuk naik di pentas paling awal atau paling akhir bagi memudahkan urusan pengkebumian, Fahim menolak dengan ketegasan seorang anak lelaki yang baik. Menyempurnakan pengkebumian dan bersama seisi keluarga jauh lebih utama.

“Kita perlukan lebih ramai Fahim.

“Selamat berangkat Puan Rahayu Abu ke negeri abadi. Tenanglah Puan di sana. Puan telah tinggalkan seorang Fahim yang hebat. Fahim pasti akan hidup dengan kuat.

“Terima kasih Fahim kerana mengajar sesuatu.

UMT Sohor!

Kredit Syirfan Indra,” tulisnya lagi.

View this post on Instagram

Awak betul2 HERO brader😊 Saya dapat rasa apa yang awak rasa. Saya pun pernah tak ada rezeki untuk naik pentas konvo tapi awak memilih untuk tidak naik atas alasan menguruskan jenazah ibu. SALUTE ‼️ RESPECT ‼️ Posted @withrepost • @sinar_my Segulung Ijazah, Sekujur Jasad Ibu… Bagaimana mahu mengambil keputusan – antara hadir konvokesyen ijazah pertama atau hadir sebuah majlis pengkebumian. Itulah yang di alami graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Muhammad Fahim Shamsudin yang sewajarnya bergraduat dalam sesi Konvokesyen UMT hari ini terpaksa memilih untuk berada di atas pentas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) atau menyempurnakan majlis pengkebumian ibunya yang meninggal dunia 12.20 malam tadi akibat kompilasi darah tinggi dan kencing manis. Lebih menyedihkan kerana arwah sudah berada di Terengganu dan sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Fahim sempat menyarungkan jubah konvo kepada ayahnya dan hanya sempat menunjukan kepada ibunya. Antara pilihan hadir majlis konvokesyen yang mungkin sekali seumur hidupnya, Fahim lebih yakin memilih untuk menyempurnakan majlis pengkebumian 'cinta hatinya' yang juga sekali seumur hidup. Pada tika melihat dia mengendong ayahnya yang uzur, fahamlah saya bahawa anak muda ini bukan calang-calang anak. Nampak segala tanggungjawab akan terbeban di bahunya. Berat namun dia mampu. Dengan keyakinan dia memilih 'cinta hatinya' melebihi segulung ijazah – dia akan berjaya dengan segala restu. Walaupun UMT menawarkan untuk beliau boleh memilih untuk naik di pentas paling awal atau paling akhir bagi memudahkan urusan pengkebumian, Fahim menolak dengan ketegasan seorang anak lelaki yang baik. Menyempurnakan pengkebumian dan bersama seisi keluarga jauh lebih utama. Kita perlukan lebih ramai Fahim. Selamat berangkat Puan Rahayu Abu ke negeri abadi. Tenanglah Puan di sana. Puan telah tinggalkan seorang Fahim yang hebat. Fahim pasti akan hidup dengan kuat. Terima kasih Fahim kerana mengajar sesuatu. UMT Sohor! Kredit Syirfan Indra

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m) on

Kisah ini turut menyentuh hati nerizen dan rata-rata mendoakan kejayaan dunia akhirat buat anak muda ini.

Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Foto : Instagram Zul Huzaimy