Bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga, penyanyi Syamel menerusi laman Instagram mengambil kesempatan memohon maaf atas segala khilaf.
Dia turut meminta agar urusannya menunaikan ibadah dipermudahkan.
“Assalamualaikum. Bangmel dan keluarga akan berangkat ke Madinah seterusnya ke Kota Mekah untuk menunaikan Umrah.
Ads
“Di sini, Bangmel ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada kalian yang sedang membaca sekiranya ada kesilapan yang kecil mahupun yang besar.
“Kalau tak keberatan doakan Bangmel dan keluarga supaya dipermudahkan perjalanan pergi dan pulang ya. Bangmel akan doakan semoga kalian berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kota suci satu hari nanti. Aminn,” kongsinya panjang lebar.
Sinonim dengan personaliti yang sempoi dan bersahaja, pemilihan penyanyi dan hos, Elly Mazlein sebagai Presiden Netizen dalam saingan minggu keempat Big Stage 2020 malam tadi nyata mendapat pujian penonton.
Mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk berkongsi apa sahaja hal berkaitan Big Stage 2020 elemen humor dan spontan yang diterap penyanyi Merry Go Round ini cukup menghiburkan.
Malah, rata-rata peminat turut memuji penyanyi yang mesra disapa Kak Lina itu selain turut meminta agar dirinya terus diundang sebagai Presiden Netizen minggu seterusnya.
Sementara itu, Elly pada sidang media sejurus selesai konsert mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro atas kepercayaan selain mengakui, sebagai penyanyi senior, dia sekurang-kurangnya tahu membezakan sesebuah nyanyian.
“Saya enjoy… Memang suara saya tidak berapa bagus sangat, tetapi saya ada telinga.
“Saya tahu mana yang okay dan sebaliknya,” katanya.
Terdahulu, anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah diumumkan sebagai peserta ketiga yang tersingkir di dalam program nyayian realiti dengan markah terkumpul sebanyak 62 peratus.
Juara Big Stage musim ini akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Foto tersebut dirakam pasangan selebriti itu sambil menunjukkan pakaian kanak-kanak yang ditempah khas tulisan ‘its a boy’ tertera di bahagian hadapan baju.
Terdahulu, Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019.
Kami di MH mendoakan agar urusan bersalin Eyra dipermudahkan.
Terpaksa menempuh perjalanan jauh dan sesak menuju ke kampung halaman di musim perayaan ada kalanya boleh boleh buatkan mood raya tak berapa enjoy.
Begitu juga bila menuju pulang ke ibu kota, memang aliran trafik sukar dijangka Betul tak?
Akan tetapi tahukah anda, komputer riba HUAWEI Matebook 13 mampu menjadi peneman setia dari segi menemani anda agar tidak bosan atau mengantuk di sepanjang perjalanan.
Jadi, kami kongsikan ciri-ciri menarik yang terdapat pada komputer riba HUAWEI Matebook 13 yang perlu anda tahu. Siapa tahu, inilah dia gajet terbaik yang dicari-cari?
Kongsi Fail Besar Pun Tiada Masalah
Kadang-kala kita sering memuat naik drama siri online di telefon pintar untuk tontonan sendiri. Bagaimanapun, demi kepuasan bersama, anda boleh menghantar fail tersebut ke HUAWEI Matebook 13 dengan mudah dan pantas.Lebih-lebih lagi jika menggunakan telefon pintar HUAWEI Series P30.
Ini disebabkan HUAWEI Matebook 13 dilengkapi dengan teknologi OneHop Share di mana anda boleh memuat naik file sebesar 1 GB dalam masa 35 saat dan 500 gambar dalam kurang seminit.
Mudahlah kalau nak kongsi filem atau drama kegemaran anda kan? Boleh tonton sepanjang perjalanan ke desa atau pulang dari beraya.
Skrin Resolusi 2K
Dengan skrin resolusi 2K, anda juga boleh menonton apa-apa sahaja drama atau filem kesukaan anda. Elemen HD yang disediakan akan membuatkan anda berasa puas ditambah dengan sistem bunyi Dolby Atmos, terbaik!
Barulah selesa nak tonton. Kalau sanak-saudara yang buat bising pun tiada masalah, malah kalau bunyi lalu lintas pun tak ada hal.
Rekaan Ringkas Tapi Stailo
HUAWEI Matebook 13 hanya seberat 1.28 kilogram dan bentuknya sangat nipis sekali gus menjadikannya cukup kompak serta stailo.
Jadi, tiada masalah untuk anda membawa komputer riba ini ke mana sahaja samada kampung halaman ataupun rumah saudara mara tika hadiri rumah terbuka.
Bateri Tahan Lama
HUAWEI Mate Book 13 juga memiliki jangka hayat bateri berkapasiti 42 Wh (TYP) best in charge battery yang membolehkan peranti tersebut bertahan dengan lama. Anda tidak perlu risau kerana ia sentiasa menemani anda sepanjang perjalanan.
Apa pun, pandulah dengan cermat dan hiburkanlah perjalanan anda dengan menonton drama kegemaran dengan menggunakan HUAWEI Matebook 13.
Anda boleh mendapatkan HUAWEI MateBook13 dengan harga RM4,399 dan kalau mahu dapatkannya dari kedai online rasmi HUAWEI, anda juga akan turut mendapat HUAWEI mouse, HUAWEI laptop bag dan 1TB back-up simpanan dengan percuma!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.