Meski hubungan antara suami sudah berakhir, namun Betty Banafe mempunyai sahabat yang sentiasa ada menemaninya.

Sudah bersahabat setelah sekian lama, Betty dan Haleeda Mazlin masing-masing dalam karier yang sama, sentiasa memberi kata-kata semangat buat sahabatnya itu.

“As Salam duhai hati.. My tetamu, sahabat dari dulu.. Kami saling mengerti, walaupun tanpa bicara atau lama x bersua,

“Kami punya persefahaman dalam memahami keadaan perjalanan yg sedikit berbeza. namun, itu bukan alasan untk tidak loyal d blkg kita.. kerana antara aku dan kau @bettybanafe tiada rahsia, tidak punya erti putus asa.. memori kita genggam Sama2. Fii Amanillah, love & Smile. Sempat ko merungut ye Bet,” tulisnya. 

Ads

“Memori Kita Genggam Sama-Sama,”- Selepas Cerai Talak Satu, Haleeda Mazlin Beri Kata Semangat Buat Betty Banafe “Memori Kita Genggam Sama-Sama,”- Selepas Cerai Talak Satu, Haleeda Mazlin Beri Kata Semangat Buat Betty Banafe

Dalam pada itu, mereka juga sempat menyanyikan lagu Menghitung Hari nyanyian Krisdayanti dengan penuh perasaan.

Ads

“As Salam duhai hati … Hadapi dgn senyuman @bettybanafe.. kerna kita xkn pernah sendiri.. 🌹Fii Amanillah, love & Smile. Kitaorg ni mmg suka berbicara melalui lagu,” kongsi Haleeda yang pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim pertama. 

“Memori Kita Genggam Sama-Sama,”- Selepas Cerai Talak Satu, Haleeda Mazlin Beri Kata Semangat Buat Betty Banafe “Memori Kita Genggam Sama-Sama,”- Selepas Cerai Talak Satu, Haleeda Mazlin Beri Kata Semangat Buat Betty Banafe

Ads

Terdahulu, Betty dan Bruce Dargus ini diijabkabul pada 8 Disember 2012 dan mereka bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Hasil perkongsian selama tujuh tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Video : Instagram Haleeda Mazlin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI