Uncategorized

Menakutkan, Baling Aiskrim & Rompak, Taktik Terbaru Penyangak Di Pusat Beli Belah

Share

Aduh memang ngeri betul bila baca pengalaman seorang pelajar apabila dirompak secara ‘halus’ oleh penyangak di sebuah pusat membeli belah popular Malaysia!

Melalui perkongsian di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Daniel Muk menceritakan detik paling mencemaskan terjadi pada dirinya dan mendapat perhatian ramai.

Kisahnya itu telah dikongsikan beberapa hari yang lalu dan medapat jumlah perkongsian sebanyak 21k dalam masa dua hari.

Memang ngeri dan tidak boleh dibayangkan dirinya telah dirompak di kawasan awam dan dalam keadaan ‘terang’!

Menurut Daniel, dia telah ke sebuah kaunter pertukaran wang di sebuah pusat membeli belah kerana ingin melancong ke luar negara.

Selepas itu, dia membuat keputusan untuk menguruskan beberapa hal lain sementara berada di sana seorang diri.

Sedang berjalan, dia merasakan seperti ada sesuatu yang melekit di belakangnya dan menyedari ada tumpahan aiskrim terkena di bahagian belakang t-shirt, seluar, backpack dan ada juga terkena di lengannya.

Kerana tidak selesa dengan kotoran itu, Daniel segera ke tandas untuk membersihkan diri.

Namun setibanya dia di sana, ada seorang lelaki yang cuba untuk membantunya.

Walaupun ditolak beberapa kali dan berkata boleh uruskan dirinya sendiri, lelaki tersebut enggan mengalah dan terus membantunya untuk bersihkan diri.

Dalam kelam kabut, ada sekumpulan lelaki memasuki tandas berkenaan dan terus mengambil bag galasnya, membawa lari!

Daniel yang terkejut dengan tindakan lelaki tersebut dan ingin menyelamatkan wang yang ada di dalam beg, segera mengejar mereka ke dalam pusat beli belah.

Namun kelibat individu tersebut terus hilang dari pandangan mata dan tidak dapat dikesan!

Aduh tak boleh bayangkan macam manalah jadi sekirannya perkara ini terjadi pada kita semua!

So buat korang yang ada plan untuk menukar duit, hati-hati! Lebih baik jangan pergi seorang diri dan cari teman untuk mendampingi kita.

Maklumlah zaman sekarang ada macam-macam sendikit, malang tidak berbau!

 

Published by
Lany Azman