Tahniah diucapkan kepada penyampai radio DJ Lin kerana telah memenangi anugerah kategori Penyampai Radio Paling Popular di ABPBH34, pada malam Sabtu.
Lin atau nama lengkapnya Roslinda Abdul Majid ketika memberi ucapan sejurus menerima anugerah tersebut meluahkan rasa syukur atas kejayaannya itu bersama penonton.
Penyampai radio berusia 44 tahun ini ada menitipkan ucapan ibunya setelah memenangi anugerah tersebut buat kali ke-4.
“Alhamdulillah terima kasih Allah, pada ibu saya Puteh Binti Jantan yang berada di Larkin, Johor Bahru. Tanpa doa mak, orang mungkin tak ada kat atas pentas ni.
“Untuk anak saya, Nazreen dan Narisya ibu sayang anda berdua. Terima kasih kerana sentiasa menemani ibu yang sentiasa sibuk,” katanya.
Pada masa sama, Lin turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada dirinya yang telah menceburi dunia penyiaran radio hampir 22 tahun.
“Dan kepada semua yang bersusah-payah mengokong, mengundi saya, berkempen dan sebagainya serta semua yang mendoakan saya pada malam ini untuk dapat naik ke pentas, terima kasih hanya Allah dapat membalasnya,” akhirinya.
Sebelum ini, Lin atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lin pernah memenangi anugerah yang sama sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2015, 2019 dan 2020.
Foto: Instagram DJ Lin