Siapa sangka, pelakon dan pengacara cantik rupa-rupanya merupakan graduan jurusan Undang-undang dari Universiti Malaya (UM).
Menerusi Instagram miliknya, pemegang status Putero Muslimah Asia 2018 ini ada memberikan ruang buat para peminatnya untuk bertanya mengenai apa sahaja.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian kami ialah pertanyaan berkenaan dengan kursus pengajiannya tidak lama dulu.
Uyaina atau nama lengkapnya, Shaidatul Naseha Uyaina Arshad ini memberitahu dia tidak pernah rasa putus asa dalam pengajian yang diambil meski ada yang beranggapan bidang yang dipelajarinya itu menuntut fokus serta tumpuan yang lebih.
“Tak pernah rasa putus asa. Talu memang stres. Lawa memang susah sabgat. Pasal tak ada life tu, tak jugak. I enjoyed my time as a law student. Siap boleh masuk macam-macam aktiviti lagi time tu,” tulisnya panjang lebar.
Pada masa sama, bintang berusia 26 tahun itu juga ada menjelaskan pertanyaan mengapa tidak menjadi peguam.
Jelasnya, ketika mengikuti pengajian pada tahun akhir, dia mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan Pencarian Nona Manis. Lalu ia mengubah segalanya.
“Masa tahun akhir, masuk Pencarian Nona Manis. Memang pasti terus masuk bidang ni. Yana jatuh cinta dengan hosting and nos acting,” tulisnya.
Apapun yang Uyaina lakukan, selamat berjaya dari MH!
Foto: Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amelia Henderson Jelaskan Hubungan Dengan Aazief Khalid – “Rasa Macam Kasihan Pula Pada Dia Sebab Kebetulan, Kami Duduk Bersebelahan…”
Pelakon dan model, Amelia Henderson meleraikan spekulasi, seterusnya menjelaskan mengenai hubungannya dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid tidak lebih daripada kenalan.
Amelia berkata, susulan spekulasi yang timbul, dia serba-salah apabila nama Aazief tiba-tiba dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengannya sedangkan masing-masing kali pertama bertemu pada konsert Siti yang berlangsung di Genting Highlands, bulan lalu.
“Saya dan Izara Aishah (menantu Siti) memang berkawan baik. Malah setiap kali berjumpa dia akan melayan saya dengan baik. Jadi, kami ada bertemu di sebuah acara dan dia ada hubungi saya, mengajak untuk sama-sama menonton konsert Siti di Genting Highlands.
“Sudah tentu saya bersetuju, siapa yang tak mahu? Jadi saya ke Genting ditemani adik lelaki dan seorang lagi rakan perniagaan. Ahli keluarga mereka sangat mengalu-alukan kehadiran pihak saya dan mereka sangat baik.
“Malah bila saya menonton persembahan Datuk Siti secara langsung pun, saya macam tergamam. Dia ikon dan bintang legenda, kebanyakan kita pun membesar dengan rangkaian lagu-lagunya.
“Apa pun, saya sedar ada netizen yang buat spekulasi. Saya rasa macam kasihan pula pada Aazief sebab kebetulan, kami duduk bersebelahan dan wajah kami ada pula dalam video yang dimuat naik kakak ipar Aazief iaitu Tya Ariffin.
“Bila jadi begitu, saya tak tahu macam mana nak minta maaf pada pihak Aazief sebab secara tak sengaja, saya sudah babitkan dirinya dalam situasi ini,” katanya.
Amelia bagaimanapun akui tidak boleh menutup telahan netizen susulan perkara yang berlaku.
“Saya faham dan perkara itu (spekulasi cinta) sudah biasa bila terjun dalam industri seni ini. Misalnya kalau saya berlakon dengan mana-mana pelakon lelaki, akan ada yang ‘kenenkan’ saya lagi. Jadi sampai ke sudah saya akan terus ‘dikenenkan’.
“Cuma saya nak jelaskan walaupun kami duduk bersebelahan, tak semestinya kita jatuh cinta atau berkawan. Saya percaya dia pun mesti terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya lagi.
Amelia turut akui mereka saling bertemu buat pertama kali hanyalah pada malam konsert tersebut berlangsung.
Terdahulu, timbul gosip mendakwa Aazief dan Amelia kini menjalin hubungan istimewa selepas mereka dilihat hadir ke konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza di Genting Highland pada 11 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Juga Mempunyai Anak Istimewa. Sebagai Ayah, Sudah Pasti Saya…,” – Ahmad Idham
Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham telah menjalankan satu misi bantuan dengan menghulurkan sumbangan berupa kelengkapan meja dan kerusi baru.
Sesi berkenaan telah pun dilakukan di kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang, Selangor, beberapa hari lalu.
Di samping berkongsi khabar gembira itu bersama peminat di laman media sosial Instagram, Idham turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa buat anak istimewa di sekolah berkenaan.
“Alhamdulillah hari ini kita dapat hadiahkan kerusi dan meja baru untuk kelas pendidikan khas di SK Taman Tasik, Ampang. Uncle hadiahkan untuk anak-anak uncle di sini!
“Suasana dan persekitaran yang baik amat penting untuk anak-anak khususnya anak istimewa.
“Besar harapan saya untuk melihat anak-anak istimewa mampu berdikari sendiri dalam kehidupan dan tidak terasing dalam kalangan masyarakat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Idham memberitahu sebagai seorang bapa yang turut mempunyai anak istimewa, sudah pasti dia mahukan yang terbaik mereka.
“Saya juga mempunyai anak istimewa! Sebagai seorang ayah, sudah pasti saya mahukan yang terbaik untuk anak saya, Abang!
“Jadi, mereka yang bergelar anak istimewa dan anak syurga ni sangatlah dekat dihati saya. Ayah kepada anak syurga! – Dr. Ahmad Idham -#DrAI #Ampang #HabPendidikanKhas,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Idham atau nama sebenarnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, telah menyertai dunia politik sekaligus dilantik sebagai Ketua Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pinggiran Ukay, Ampang, sekitar bulan April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ahmad Idham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sangka Kawan Pun Nak Tempah Juga,” – Asbab Bela Kucing, Dua Beradik Kacak Ini Syukur Nikmat Rezeki Jual Baju Melayu Viral
Pernah menggunakan pengaruh artis seperti Hafidz Roshdi, Nafiez Zaidi, Rizu Forteen dan Jabir Meftah, kisah dua beradik, Zarif Azrie Zahari bersama Zarul Shafiz Zahari mengusahakan perniagaan baju Melayu pasang siap ‘slim fit’, Mjestic cukup memberi inspirasi
Mengusahakannya perniagaan itu sejak hujung tahun 2017, bermula dari rumah ketika menghuni di apartmen hingga memiliki butik fizikal di Setia Alam, Shah Alam menjadi bukti mereka komited dalam bisnes yang dilakukan.
Zarif, 31, abang sulung memikul mandat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama itu berkata langkah diatur bagai dirahmati Tuhan.
“Saya dan adik hanya memiliki latar belakang dalam bidang perniagaan semata-mata. Cuma masa zaman belajar dulu, kami suka menjual baju kasual lelaki. Minat berniaga itu ada.
“Cuma kes kami hingga tercetus nak ceburi perniagaan ini sebab masing- masing susah nak cari saiz baju sesuai yang ‘ngam’ dengan badan. Kalau nak beli di pasaran, mesti menggelebeh.
“Lalu mulalah inisiatif menempah sendiri baju ikut saiz sendiri. Bila pakai ‘ngam’, tak sangka kawan pun nak ikut tempah juga. Nampak ada permintaan di situ, jadi kami tak menoleh ke belakang lagi,” kata Zarif yang mempunyai tiga adik lagi di bawahnya selain Zarul.
Zarif menjelaskan ada sebab juga dia dan adiknya menggunakan motif haiwan peliharaan kucing sebagai cap dagang atau logo utama.
“Di apartmen yang disewa dulu, masa mula-mula berjinak berniaga… ada 11 ekor kucing. Sampai baju Melayu yang disimpan stok di rumah pun menjadi mangsa kencing haiwan itu.
“Kami percaya aturan cantik ini bagai ada hikmah serta asbab tersendiri kerana suka membela kucing. Dalam Islam sendiri menganjurkan untuk kita berbuat demikian kerana ada kelebihannya termasuk dimurahkan rezeki,” kata Zarif.
Kata Zarif, tahun ini, sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ dihasilkan menjelang Syawal dan setakat ini, lebih 15,000 helaian terjual.
“Fokus niaga kami 60 peratus untuk belian dalam talian termasuk di platform media sosial dan Shopee. Selebihnya secara fizikal.
“Sekarang pun kami rancak adakan promosi dari 20 sehingga 70 peratus untuk rangkaian produk terpilih. Kami pun hadkan tarikh penghantaran pos sampai 24 April ini kerana nak pastikan tempoh penerimaan itu sampai ke alamat sebelum kita beraya.
“Jadi selepas tarikh itu, kita akan fokus kepada jualan secara online dan di butik fizikal. Tahun ini kami sasarkan keuntungan jualan maksimum sebanyak RM12 juta. Dapat RM8 juta itu pun kira alhamdulillah,” kata Zarif.
Sementara itu, Zarul, 29, yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pula optimis seleksi 35 warna baju Melayu ‘slim fit’ mereka ada tarikan tersendiri.
“Potongan baju ini dari saiz XS hingga 3XL untuk lelaki dari usia 18 hingga 37 tahun. Ada zip di sisi dan lengan kerana bersifat mesra wuduk. Tak ketinggalan ada semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan ‘signature’ menawan kerongsang bunga di poket.
“Paling utama, harga dijual serendah RM169 hingga RM189 dengan pemberian tambahan enam aksesori percuma. Insya-Allah lepas raya kami akan keluarkan baju nikah moden dan tradisional selain abaya bagi memenuhi permintaan pelanggan lelaki dan wanita,” katanya.
Sementara itu, pihaknya juga menawarkan peluang kepada ejen atau dropship di luar sana yang ingin menjana pendapatan bersama. Pengambilan ejen dibuka sepanjang tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI