“Menang Lepas Tu…,” – Bekas Law Student, Tapi Rupa-Rupanya Uyaina Arshad Tak Jadi Nak Jadi Peguam Sebab…

Share

Siapa sangka, pelakon dan pengacara cantik rupa-rupanya merupakan graduan jurusan Undang-undang dari Universiti Malaya (UM).

Menerusi Instagram miliknya, pemegang status Putero Muslimah Asia 2018 ini ada memberikan ruang buat para peminatnya untuk bertanya mengenai apa sahaja.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian kami ialah pertanyaan berkenaan dengan kursus pengajiannya tidak lama dulu.

Uyaina atau nama lengkapnya, Shaidatul Naseha Uyaina Arshad ini memberitahu dia tidak pernah rasa putus asa dalam pengajian yang diambil meski ada yang beranggapan bidang yang dipelajarinya itu menuntut fokus serta tumpuan yang lebih.

“Tak pernah rasa putus asa. Talu memang stres. Lawa memang susah sabgat. Pasal tak ada life tu, tak jugak. I enjoyed my time as a law student. Siap boleh masuk macam-macam aktiviti lagi time tu,” tulisnya panjang lebar.

Pada masa sama, bintang berusia 26 tahun itu juga ada menjelaskan pertanyaan mengapa tidak menjadi peguam.

Jelasnya, ketika mengikuti pengajian pada tahun akhir, dia mengambil keputusan untuk menyertai pertandingan Pencarian Nona Manis. Lalu ia mengubah segalanya.

“Masa tahun akhir, masuk Pencarian Nona Manis. Memang pasti terus masuk bidang ni. Yana jatuh cinta dengan hosting and nos acting,” tulisnya.

Apapun yang Uyaina lakukan, selamat berjaya dari MH!

Foto: Instagram Uyaina Arshad

 

 

 

Published by
Rafiq Mazlan