Hiburan

“Menangis Bila Kerja Pandailah, Kita Beri 100% Komitmen,” – Ruhainies

Share

Semalam, sebuah platform penstriman ada memuat naik klip-klip drama terbaharu lakonan aktres Ruhainies yang berjudul ‘Terjerat’ di akaun Instagram.

Dalam video tersebut, Ruhainies dilihat sedang melakonkan babak air mata yang nyata meruntun jiwa para penonton.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tampil memberikan responnya berhubung babak menangis itu.

Menurut Ruhainies, sebagai pelakon yang sentiasa memberikan komitmen terbaik terhadap karya seninya, melakonkan adegan menangis bukanlah satu masalah.

“Menangis bila bekerja pandailah min. Kita beri 100 peratus komitmen,” tulisnya.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci maksud hantarannya itu, respon pelakon kecil molek ini dilihat seakan berkait rapat dengan kenyataannya sewaktu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding tangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz pada Rabu.

Semalam, Ruhainies telah menepis dakwaan yang mengatakan dirinya seakan tidak sensitif kerana hadir ke mahkamah dalam keadaan tersenyum dan gembira.

Menurut Ruhainies, dia sebenarnya tidak pandai untuk berkongsi perasaan sedih di khalayak ramai selain turut teruja apabila bertemu dengan rakan-rakan media yang membuat liputan.

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian

“Takkanlah saya nak menangis. Saya tak pandai berlakon dan menangis depan kamera,” jawabnya.

Terdahulu, selain Ruhainies, drama Terjerat ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Aliff Aziz, Fendy Bakri, Jaja Iliyes dan Haifa Halina.

Terjerat diarahkan oleh pengarah Azmi Hatta.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Iqiyi & Ruhainies

Published by
Aizam Manaf