Bersempena dengan tahun baru 2025, pelakon dan usahawan Kiah Propa, 45, tampil memuat naik sepotong video yang menjentik hati ramai bersama suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Menerusi video yang dikongsikan menerusi Instagram itu, Kiah Propa atau nama sebenarnya, Siti Rokhaida Abdul Khalil dilihat menangis sambil ditenangkan suami di ruang hospital.
“Throwback… Aku rindu suami aku yang boleh berdiri dan ada upaya begini. Doaku malam bulan Rejab ini, moga sakitnya diangkat oleh Allah swt,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Hantaran yang kini menerima hampir 8,000 tanda suka itu pantas menjadi sorotan dan rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat mereka seisi keluarga.
“Allah permudahkan segala urusan Kak Kiah Propa, Aamin ya Mujib.”
Imbas kembali, Kiah Propa kembali mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Nazri Ismail selepas lapan tahun bercerai dan membawa haluan masing-masing sebelum ini.
Kiah Propa menjelaskan, dia terbuka hati merujuk dengan Mohamad Nazri untuk menjaga lelaki itu yang kini berjuang melawan penyakit kanser dihidapinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini