HomeBerita“Menarik Balik Kenyataan Yang Saya Buat Terhadap Cik Neelofa Serta Pembantu Peribadi...
“Menarik Balik Kenyataan Yang Saya Buat Terhadap Cik Neelofa Serta Pembantu Peribadi Beliau Di Twitter Dan…,” – Individu Didakwa Fitnah Neelofa Mohon Maaf
Individu yang didakwa memfitnah hos dan usahawan, Neelofa iaitu Syamira Safiya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Twitter.
Dalam kenyataan itu yang dibuat pada 1 Januari lalu itu, Syamira mengakui mengeluarkan kenyataan di Twitter dan pelbagai platform media sosial lain tanpa asas dan tidak benar pada 26 Disember lalu.
“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.
“Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar,” tulisnya.
Ads
Malah, wanita terbabit turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat jahat ketika menulis kenyataan itu sekali gus kesal dengan tindakannya.
Assalammualaikum , saya tampil melalukan posting ini sudah cukup untuk menjelaskan semua perkara. saya mohon doa yang baik2 untuk kedua dua pihak. terima kasih. 🙏🏻❤️ pic.twitter.com/QSmF6sG48z
“Kenyataan itu tidak dibuat dengan niat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka.
Ads
“Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka,” katanya.
Dalam masa sama, Syamira berkata permohonan maaf itu dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.
Ads
“Permohonan maaf ini saya buat di atas kerelaan hati saya sendiri untuk saya perbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” tulisnya lagi.
Syamira sebelum ini difahamkan ada berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej dari aplikasi WhatsApp berkenaan hubungan Neelofa dan PU Riz lalu tular di media sosial.
Terdahulu, Neelofa dalam satu kenyataan turut menafikan tuduhan yang antara lain mendakwa kononnya dia sudah berkahwin di Kelantan, terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal kini sedang menantikan detik untuk bersalin cahaya mata ketiganya dan sedang berdebar untuk menantikan momen melahirkan zuriat.
Itulah situasi yang digambarkan Wawa sambil berkongsi aksinya yang menari mengikut irama Bollywood.
Potongan video pendek itu dikongsinya menerusi Instagram beserta kapsyen yang turut memaklumkan dirinya ada mengalami kontraksi hingga terpaksa ke klinik.
“9 months pregnant .. less than a month lagi nak due. neves nya mak buyong.. kita hibur kan hati la dlu.
“Wlupun tadi bekejar pegi klinik perut sakit sbb contraction. dok dlu baby pls kat dlm tu. Byk lagi keje pending,” tulisnya.
Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias ada memuat naik foto raja sehari artis Mira Filzah sambil mengirimkan ucapan tahniah buat pelakon berkenaan.
Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian, usahawan yang pernah muncul dengan single Syinta Gila itu turut memberi bayangan seolah-olah dirinya juga bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Perkara tersebut yang dibuat dalam gaya humor itu dikongsikan Safiey menerusi satu posting di Instagram beberapa hari lalu.
Baru-baru ini, usahawan kosmetik sensasi Kak KM atau nama Liana Rosli menyuarakan pendapat mengenai selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.
Lalu, warganet memberikan reaksi pelbagai termasuk selebriti Elly Mazlein yang turut berkongsikan pendapatnya.
Elly memaklumkan, ia adalah hak masing-masing untuk membuat pilihan.
“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.
“Jgn pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content.
“Jgn sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.
Kematian pelakon Michelle Trachtenberg, yang terkenal dengan peranannya dalam siri popular Gossip Girl, telah mengejutkan dunia hiburan. Pelakon tersebut ditemukan meninggal dunia di apartmennya...