Pelakon Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar mencari nama anak sulung mereka, Wan Khair Amir menerusi sebuah aplikasi fitur Tarteel e-Quran.
Berkongsi mengenai aplikasu tersebut menerusi Instagram baru-baru ini, ia dilihat boleh memberikan panduan khasnya kepada bakal ibu bapa yang sedang mencari nama anak.
Lebih menarik, di dalam perkongsian sama, turut tersiar beberapa surah ditunjukkan beserta makna nama bersama tafsirannya.
“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’. Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah.
Ads
“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)
“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana mengharapkan doa moga jadi individu yang lebih beriman serta beramal soleh kepadaNya.
Pada masa sama, penyanyi yang sudah genap mencecah usia 37 tahun itu meminta doa semoga dirinya menjadi insan kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.
Menerusi Instagram, penyanyi Angkara Cinta itu turut berkongsi beberapa keping foto ketika majlis keraian.
“Alhamdulillah masih diizinkan Allah untuk menyambut birthday ke 37. Doakan nana bertambah iman, seterusnya menjadi hambaNya yg beriman & beramal soleh dan kuat menghadapi segala ujian.
“Tq atas semua ucapan dan doa kalian buat nana .And tq sahabat2 nana yg buat suprise bday untuk nana semalam,” tulisnya sebagai kapsyen disusuli kredit.
Seringkali kita dengar istilah air tangan ibu, namun kali ini perkongsian Datuk Rosyam Noor benar-benar membuka mata netizen.
Pelakon itu sempat berseloroh mempersoalkan adakah itu yang dipanggil ‘air tangan ibu’?
Menerusi video yang dikongsi, kelihatan seorang wanita menggoreng pisang di dalam kuali panas dengan hanya menggunakan tangan tanpa sebarang perkakasan lain.
“Air Tangan Ibu tu macamana ya?
“Ramai yang tak paham paham. Video ni jawapannya. Tengok sampai abis
Pastu komen setuju atau tidak,” kongsinya pelakon hebat itu.
Usahawan, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda ada berkongsi nasihat mengenai kematian.
Malah, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu juga menasihati agar hidup jangan terlalu leka sehingga alpa akan kedatangan Malailkat maut.
“Malaikat Maut Datang Cabut Nyawa..Seram,”- Ini Nasihat Bonda Rozita Ibrahim Mengenai
“Assalamualaikum sahabat followers yg bonda mulaikn.. pagi isnin permulaan bekerja bonda dtg utk berposter lagi..
“Mati ni kena ada wawasan gak, muda cita2 lain pertengahn usia kena tukar masuk 45 tahun xboleh lalai dah ..Tahap kritikal ambang kubur
“A big why..?? Tanya napa kita dihidupkan mesti ada hujungnya so , hidupkan cahaya hati bercita2 mati dgn selesa “ jgn hidup je nak selesa ..keja kuat nak mati pun kena usaha kuat buat bekalnya . Disetiap ceruk mana kita berada..kematian pasti akan menjemput kita..!
“Wlupun ketika itu kita sedang berada didalam dipeti besi yg kukuh dn kuat..kematian tu pasti datang.! tetap x boleh dilambat2kn..!
“Bila dah sampai masa kita utk mati.. malaikat maut yg ditugaskn akan mencabut nyawa kita..! Seram xda sape boleh bantu kecuali amal masa kita hidup ..!!
“X sabar2 malaikat nk ambik nyawa kita sehari 70 kali malaikat maut melihat kita..menatap wajah kita..katanya ingin di cabut saja nyawa kita masa tu..!!
“Tetapi selagi Allah kata nanti dulu..malaikat x kan buat.. sbb mana tahu mungkin manusia akan bertaubat..
“Bertaubatlah sebelum malaikat maut mencabut nyawa kita..! . Katanya lagi mati tu sakit Umpama seperti libasan pedang yg dilibas berkali2 ditempat yg sama..!seperti kambing yg sedang dilapah hidup2.. dn seperti mata kail yg ditarik dr kulit yg basah
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...