“Mencari Nama Putera Kami Wan Khair Amir Di Dalam Al-Quran, Melalui…,” – Mira Filzah

Share

Pelakon Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar mencari nama anak sulung mereka, Wan Khair Amir menerusi sebuah aplikasi fitur Tarteel e-Quran.

Berkongsi mengenai aplikasu tersebut menerusi Instagram baru-baru ini, ia dilihat boleh memberikan panduan khasnya kepada bakal ibu bapa yang sedang mencari nama anak.

Lebih menarik, di dalam perkongsian sama, turut tersiar beberapa surah ditunjukkan beserta makna nama bersama tafsirannya.

“Mencari nama putera kami @wankhairamir di dalam Al-Quran, melalui fitur Tarteel e-Quran app dengan kaedah ‘pencarian perkataan/ayat’. Alhamdulillah, nama Khair terkandung dalam banyak surah.

“Malah, junjungan mulia Rasulullah SAW juga menitik beratkan pemberian nama yang elok/baik buat semua orang: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad)

“May you live up to your name, my son. Make your mama @mfmirafilzah proud, especially!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Hantaran sama turut dikongsikan Emir.

Untuk rekod, Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei lalu dan kini berusia hampir mencecah tiga bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Published by
MH