Penyanyi, Ani Maiyuni mendedahkan dia tidak boleh tidur malam apabila mengenangkan titik hitam yang dilalui anaknya sulungnya, Wirda Viviana Zairi yang dipercayai dibuli di asrama sebuah sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Kejadian yang berlaku terhadap pelajar berusia 14 tahun itu difahamkan berlaku pada 28 Februari lalu.
Memetik Harian Metro, Ani memaklumkan dia tidak akan memaafkan kepada pembuli andai sesuatu yang buruk berlaku kepada anak pertamanya itu.
“Andai sesuatu buruk terjadi kepadanya pada malam kejadian, saya tidak akan maafkan mereka,” katanya.
Tidak dapat menahan sebak, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 41, memberitahu pada 3 Mac lalu dia dibenarkan membawa anak keluar dari asrama.
Ads
Ketika ke dobi bersama, anaknya itu seakan menyembunyikan sesuatu apabila banyak mendiamkan diri.
“Selepas beberapa kali memujuk berkongsi masalah yang dihadapi, barulah dia buka mulut. Dia memberitahu ada lapan pelajar senior mahu mengetahui mengapa ibu dan bapa saudaranya datang ke sekolah.
“Apabila dia enggan bercerita, pelajar senior itu mengugut mahu memukulnya. Takut dengan ugutan itu dia pun bercerita tetapi pelajar senior itu masih tidak berpuas hati dan mempercayainya. Mereka menendang dan menumbuk pinggang anak saya, menampar muka serta pukul dada.
Ads
“Luluh hati saya ketika melihat badan anak penuh dengan kesan lebam. Tergamak mereka buat begitu hanya kerana tidak puas hati,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Ani turut mendakwa mulut anaknya juga ditutup dengan kain bagi mengelakkan warden mendengar jeritan.
Ads
“Apabila Wirda menangis kesakitan, mereka menutup mulutnya dengan kain. Sebagai ibu, saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia ketika itu.
“Saya sudah buat laporan di Balai Polis Setapak dan mendapatkan laporan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu. Doktor mengesahkan ada lebam di badan dan pinggangnya cedera.
“Sebenarnya anak saya dibuli sejak tingkatan satu lagi tetapi tidak seteruk ini. Kali ini, saya tak boleh berdiam diri. Laporan polis perlu dibuat demi keselamatan anak yang kini trauma,” kongi penyanyi Buaya Darat ini lagi.
Foto: Instagram Ani Maiyuni
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon dan ahli kumpulan X-Factor, Danny yang telah pun menimang cahaya mata pertamanya pada ham 11.15 pagi, semalam.
Danny atau nama sebenarnya, Mohd Khardanis Anwa memaklumkan berita gembira itu menerusi Insgram. Lebih manis, dia dan isteri dikurniakan bayi lelaki selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulilah Syukur Diatas kurniaanmu Ya Allah SWT… terima kasih kepada yang mendoakan keatas isteri dan ank lelaki pertama kami Tepat Jam 1115am .. 28022019 Khamis .. lahirnya Putera kami.
“Now my new tittle Papa Dada ayah daddy pokmu .. Terima kasih .. Atuknya Tengah azan,” tulisnya.
“Buat tatapan teman2 semua .. inilah Putera kami yg Pertama selepas penantian selama 7Tahun.. Terima kasih jugak to my Wife @lynkhardanie yg bersusah payah selama 38week 2hari #EbRaHIMDhAnIe #itsaboy Thank you semua yg doa dan wish tahniahh Syukur Alhamdulillah,” kongsi Danny yang nyata gembira apabika dikurniakan rezeki zuriat selepas sekian lama menitipkan doa.
Foto: Instagram Danny
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Yonnyboii akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang gemar melontarkan kata-kata kecaman dan hinaan terhadap dirinya dan juga isteri.
Menurut Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin juga hairan bila mana pasangan bercinta lebih disanjungi berbanding yang sudah berkahwin.
“Dunia terbalik, pasangan couple disanjung. Yang dah kahwin dihina. Memang satu je dosa dalam Quran ke? Tak bertudung sahaja?
“Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang? Mulut celupar sesama manusia maki hamun memang ‘auto’ pahala masuk syurga ke?,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Salahku itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Yonnyboii turut mengingatkan dosa sesama manusia hanya akan diampunkan sekiranya mereka membuat permohonan maaf.
“Ingat dosa sesama manusia, kena mintak maaf. Jangan rasa power dah maki hamun buat orang terguris hati. Tak tentu dimaafkan.
“Duk cakap pasal dosa ni, yang kutuk-kutuk tu thanks la kasi pahala dekat orang sampai sanggup gadai diri untuk dapat dosa. Assalamualaikum,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Yonnyboii telah mendirikan rumah tangga bersama selebriti media sosial, Nik Nazira pada tanggal 20 November tahun lalu.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Yonnyboii
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rezeki tidak berpihak kepada Datuk Aishah di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) apabila penyanyi itu menjadi bintang ketiga yang diumumkan tersingkir.
Aishah yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta secara duet disamping Vince gagal menambat hati juri, sekaligus berada di kedudukan paling corot dengan markah sebanyak 43.75%.
“Saya rasa ramai juga doa orang di sana dah termakbul untuk tengok saya keluar. But anyway terima kasih kepada semua.
“Saya happy actually tomorrow I can sleep. Terima kasih semua,” katanya ringkas sejurus gagal lolos ke saingan minggu hadapan.
Dua lagi peserta yang turut berada di kedudukan terendah ialah Hady Mirza dengan 60.25% dan Siti Nordiana 49.75%.
Sementara itu, persembahan memukau daripada Noryn Aziz dan Liza Aziz menerusi lagu I’m Every Woman sukses dengan markah sebanyak 85.25%.
Berikut carta penuh markah kesemua bintang bertanding, minggu ini;
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!