Selepas melayari bahtera perkahwinan kira-kira dua tahun dan pernah mengalami tiga kali keguguran sebelum ini, penyanyi terkenal, Datuk Abdillah menerima berita menggembirakan apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin telah hamil.
Kini hal enam bulan, wanita berusia 25 tahun itu menurut suaminya baik-baik sahaja dan keadaan bayi dalam kandungan juga sihat.
“Alhamdulillah, doktor memberitahu keadaan bayi dalam kandungan sihat.
“Saya sangat bersyukur kerana doktor juga memberitahu kami bakal menimang cahaya mata perempuan nanti,” katanya yang dipetik Harian Metro.
Pada masa sama, bintang berusia 60 tahun itu juga turut mengakui baru kini dia berkongsi khabar gembira itu kerana mencari masa sesuai untuk memaklumkannya pada peminat.
Jauh sekali untuk berahsia, pengalaman keguguran suatu ketika dulu memberi iktibar buat pasangan ini untuk lebih berhati-hati.
Ads
“Saya bukannya mahu berahsia dengan kandungan isteri tetapi lebih berhati-hati kerana dia pernah mengalami keguguran tiga kali sebelum ini.
“Justeru, saya sangat berharap semoga semua peminat turut mendoakan isteri selamat melahirkan bayi kami nanti,” kongsi Jamal.
Menariknya juga, Jamal turut mempelawa peminat untuk sama-sama ‘mencari’ nama sesuai buat puteri yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Apa yang penting bagi mereka ialah, nama yang diberikan itu perlu mempunyai maksud yang baik.
Ads
“Kami masih mencari nama sesuai dan mempunyai maksud yang baik untuk bayi perempuan bakal lahir nanti.
“Jika peminat ada cadangan nama yang baik boleh berhubung dengan saya dan isteri,” pintanya.
Terdahulu, Jamal mendirikan rumah tangga bersama Zai Izzati yang juga merupakan perkahwinan kali keempatnya pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Ads
Sebelum ini, hero filem Azura ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan perpisahan.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12.
Foto: Carian Google
https://www.youtube.com/watch?v=yuJA0zLV6CM&t=51s
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, telah dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan, baru-baru ini.
Menurut PU Riz yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa, pelantikan berkenaan khusus bagi membantu program itu untuk mengumpul dana bagi tujuan membiayai pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.
“Pertamanya, saya terima pelawaan ini kerana ia adalah masjid persendirian yang tidak dinaungi mana-mana pihak kecuali orang masjid sendiri serta bantuan pun diterima oleh orang ramai.
“Komitmen saya lebih pada membantu pihak masjid mencari dana dan sedekah bagi beberapa tujuan seperti pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.
“Selain itu, pihak masjid akan menjalankan beberapa program sepanjang enam bulan ke depan ini. Jadi, saya mengharapkan orang ramai terutama pengikut saya di media sosial untuk bersama-sama menyumbang seikhlasnya,” katanya.
Tambah PU Riz, majlis menandatangani pelantikan terbabit dibuat di masjid itu pada 6 Julai lalu.
Turut diadakan sejurus kerjasama berkenaan adalah Kuliah Maghrib Perdana ‘Generasi Z Cinta Masjid’ yang dihadiri lebih 300 penduduk setempat.
“Alhamdulillah, sasaran program ini memang dalam kalangan golongan muda. Malah, itu juga antara sebab kenapa saya dipilih menjadi duta wakaf ini oleh pihak masjid.
“Semoga kerjasama kami dapat menggerakkan lagi golongan muda untuk terbabit sama dalam program yang bakal diadakan selepas ini.
“Paling penting juga, semoga segala apa yang dirancang pihak masjid dari segi pembangunan dan membantu golongan asnaf dapat dilaksanakan dan dipermudahkan Allah SWT,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walaupun jodohnya tidak panjang dengan bekas suami namun penyanyi Ziana Zain tidak pernah melarang keempat-empat anaknya untuk meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka, Armin Zaharin.
Menurut penyanyi Madah Berhelah itu, dia mahukan anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka terhadap kedua ibu bapa.
“Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa mereka. Saya cakap dengan anak-anak, saya nak hidup mereka ada keberkatan daripada ayah dan juga ibu.
“Saya tak nak anak-anak derhaka kepada ayah mereka dan juga saya,” kata Ziana dipetik menerusi program bual bicara Next To Neelofa musim kedua yang bersiaran di Astro Ria pada malam Sabtu.
Dalam program itu juga, Ziana atau nama sebenar, Siti Roziana Zain, 54, dia tidak akan menghalang anak-anak untuk menunaikan tanggungjawab menjaga bapa mereka apabila sudah tua kelak.
“Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah (Armin) apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah.
“Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi.
Untuk rekod, bekas suami Ziana didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Mei 2018 atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Ziana dan Armin yang juga merupakan bekas ketua pramugara MAS disahkan bercerai pada 12 Julai 2018 selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Amar, 18, serta pasangan kembar, Muhammad Airil dan Siti Nurqaseh, 12 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!