Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Sri Aliff Syukri akhirnya mengambil pendirian untuk memohon maaf atas insiden merotan anaknya hingga menyebabkan hal tersebut menjadi tular selepas ia dikongsikan usahawan berkenaan menerusi media sosial baru-baru ini.

Pendirian tersebut dibuat penyanyi Bobo Di Mana ini selepas memberi penjelasan tercara terperinci menerusi sidang media khas yang dilakukan sejurus pelancaran produk terbarunya di Damansara Perdana.

“Macam ni lah saya pun tak sangka isu ini akan menjadi besar hingga ada pihak yang mahu bertemu seperti pihak NGO dan pihak berkuasa. Saya mengaku sajalah yang saya salah. Saya minta maaf pada semua.

“Kalau benda ni tiada kesudahannya saya minta ampun minta maaf. Kalau saya terkasar dengan anak saya,” kata Aliff.

Pada masa sama, hero filem Badang ini pada awalnya mengakui dia hanya mempunyai suatu niat untuk mengajar seterusnya berkongsi mengenai kepentingan untuk menjaga anak perempuan yang sedang meningkat dewasa.

Ads

“Sebab jujurnya saya nak bagi pentunjuk kepada orang di luar sana supaya jagalah anak perempuan.

“Saya ada kenalan remaja berusia 18 tahun misalnya. Sudah tidak dara, pergi disko. Saya pun pernah remaja dan kini mempunyai hanya seorang anak perempuan.

“Saya akan jaga dia bagai tatang minyak yang penuh. Saya nak jadi Abah yang sempurna. Bukan nak tunjuk hebat di Instagram, hanya nak kongsi dengan pengikut saya. Saya tak sangka ia boleh jadi viral,” katanya panjang lebar.

Ads

View this post on Instagram

kebahagiaan yg dicari…carilah islam dan keluarga anda…dan sy syg @as.legacymalaysia team mcm nyawa saya.. siapa team saya sila komen d bawah?? . . Tiba2 rasa sgt lapang dada walapun di himpit bebadanan bisnes dunia…hri terasa, sgt tenang ..sy sgt bersyukur..terasa indahnya hidup ini… bila kita bersyukur dgn apa adanya dan smua family sygkat kita.. Kembali ke bilik, tengok smua anak2 selesa yg sedang lena. Tengok my wife makin happy,nenek dan mak..buka ig dan fb ..kurang kecaman.. Sungguh, rasa amat bahagia. Terasa kasihsayang semua. .. Terasa limpahan kasihsayangNya…..tak sabar nak smbahyag dan berdoa mlafazkan syukur pd segala pemberianNya… semoga mereka yg mendoakan saya juga sama nasib seperti saya.. aminn . . tudung wife dan anak saya dari @cloverush

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Terdahulu, Aliff ditemui media pada majlis pelancaran produk AS Legacy dan pertunjukan fesyen Indahnya Raya 2019 anjurannya di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

As Legacy di bawah payungnya bukan sahaja mahu dikenali sebagai syarikat penjual kosmetik dan fesyen semata, tetapi juga mahu dikenali sebagai label yang menjual barangan kepeluang di bawah bumbung yang sama.

Ads

Ikuti rakaman kedua penjelasan Aliff mengenai isu ini.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI